Menurutnya, enam dan lapan orang ahli rombongan dibenarkan masuk dan menyampaikan memorandum kepada Peagwai Perhubungan Awam istana negara Haji Khairi Abdul Rahman.
“kami rombongan lapan orang dibenarkan masuk enam orang kerana nama yang diganti tidak diizinkan, kami enam orang masuk diiringi oleh pasukan keselamtan,
“tepat 3.30 petang seperti yang dijanjikan, Pegawai Perhubungan Awam istana menerima memorandun,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada ribuan peserta Himpunan Oren Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang berhimpun dan berarak daripada masjid Wilayah Persekutuan hingga ke Jalan Seri Hartamas 1, disini pada Sabtu 14 Julai.
Katanya, di bawah Fasal tersebut, orang Melayu, hak-hak bumiputera dan agama Islam dan rakyat Malaysia umumnya, dilindungi oleh kuasaYang DiPertuan Agong.
“Kami mengadu dibawah Fasal 135 Perlembagaan Negera (yang) melindungi hak-hak orang Melayu, hak-hak Bumipuera, agama islam dan rakyat Malaysia umumnya adalah dibawah kuasa yang DiPertuan Agong,
“diatas Fasal itulah, peneroka Felda lebih 90% adalah orang Melayu (dan) bumiputra maka kita sampaikan memorandum itu kepada Yang DiPertuan Agong,”jelasnya.
Beliau kata memorandum tersebut telah diterima dengan baik.
Oleh itu, beliau berharap Yang DiPertuan Agong mengambil mengmbil berat untuk melihat rintihan peneroka dimana hak-hak mereka dengan penyenaraian di Bursa Saham, hak-hak peneroka tidak akan terbela.
http://www.youtube.com/watch?v=mULpTYtD7W4