Oleh Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – PAS menyangkal bahawa Isu Memali adalah merupakan umpan Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) sebagaimana pihak yang bermusuh dengan parti itu.
Menurut Ketua Penerangan PAS negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah, tregedi pembunuhan berama-ramai tersebut akan sentiasa diingati dan dikenang dengan syahidnya seorang ulama yang hebat, yang tegas menegakkan kebenaran iaitu As Syahid Ustaz Ibrahim Libya.
“Sudah 32 tahun, peristiwa disebalik isu Memali ini disembunyikan oleh pemerintah, dan apa yang berlaku, dengan program yang dihadiri oleh Tun Mahathir, yang dikala itu, isu ini dimainkan semula, dengan jawapan yang tidak bertanggungjawab,”
“mangsa-mangsa (dan) balu syuhada, anak-anak syuhada dan mangsa-mangsa yang diISAkan seramai 34 orang mereka tertanya-tanya atas alasan apa, anak-anak syuhada yang masih kecil mereka tertanya-tanya atas alasan apa, atas dosa apa, atas sebab dan kenapa ayah-ayah mereka dibunuh, ayah-ayah mereka ditembak,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Perasmian Himpunan PAS Dungun (HIMPUN 2.0) di Kampung Pulau Serai, di sini Khamis, 7 September.
Yusni yang juga merupakan anak mangsa Memali menambah, operasi yang dikenali sebagai ‘Operasi Hapus’ itu sebenarnya, untuk memadamkan Islam yang diajar Ustaz Ibrahim Libya apabila kembali ke kampung halaman selepas meletakkan jawatannya di Kuala Lumpur.
“Kenapa Ustaz Ibrahim Libya dibunuh, kenapa rumahnya dikepung, kenapa dia ditembak, tiada rekod Ustaz Ibrahim Libya ini penjenayah, yang pernah menyerang ibu pejabat polis daerah, negeri atau negara, tidak pernah rompak bank-bank, tiada bukti dia mengajar ajaran sesat tetapi mengapa dia dibunuh?
Sehubungan itu, menyentuh tentang isu semasa beliau berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah berkata ingin melaksanakan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Namun malang, kata beliau, hendak mencontohi Al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memerintah Kelantan selama 27 tahun tanpa rasuah pun, Guan Eng tidak mampu.
“Penangkapan Exco Pulau Pinang kerana terlibat dalam (kes) kilang haram, jawapan Lim Guan Eng, menyatakan ianya telah beroperasi sebelum 2008 lagi (sebelum DAP memerintah) sedangkan, Restoran Do Re Mi (milik Melayu) dirobohkan kerana beroperasi secara haram,”
Sebelum itu Yang Dipertua PAS Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli mengingatkan bahawa program ini penting untuk kita ambil penghayatan, bila kita berjuang dengan agama Allah walaupun menghadapi dengan kesulitan tetapi mendapat berkat.
“Kita bermula dari kosong (tanpa satu sen pun) tetapi apabila program ini berakhir, tiada hutang kita tanggung, masing-masing menyumbang untuk menjayakan program ini,” katanya dengan mengambil contoh HIMPUN 1.0 yang diadakan pada Mac, tahun lepas.