KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu menyelesaikan masalah jangka masa pendek dengan bertemu para penternak yang membuat secara integrasi ternakan sekiranya bekalan lembu dalam negeri tidak mencukupi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, penternak-penternak kebiasaanya mengimport lembu dan mendapat bekalan lembu daripada Thailand dan Australia.
“Kita cuba minimakan kerenah birokrasi (cara pentadbiran yang banyak melibatkan peringkat dan peraturan) supaya rakyat mampu mendapat faedah terus,
“Insya Allah kita akan tengok semua projek ini yang mana mempunyai keutamaan untuk didahulukan dan keutamaan kurang sedikit boleh dibelakangkan,
“serta mana projek-projek yang kita kira tidak berdaya saing dan tidak memberikan faedah kepada rakyat untuk kita kaji balik samada nak meneruskan ataupun tidak,” katanya.
Katanya, Kepimpinan PAS melaksanakan strategi jangka pendek sepanjang tempoh tiga bulan yang pertama pemerintahan dengan turun dan berjumpa sendiri serta mendengar masalah rakyat di peringkat bawahan.
“Tentu sekali kita akan bagi bantuan kepada rakyat dan kita cuba elakkan daripada kita bagi ikan… tetapi kita bagi pancing,
“dan elakkan daripada bagi kayu api… tetapi kita bagi kapak untuk rakyat berusaha memajukan kehidupan mereka,” ujarnya.
Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, tanggunggjawab untuk menegakkan asas dan dasar serta hala tuju perjalanan adalah satu tujuan penting untuk tempoh yang akan datang.




























