Masalah ‘Banjir Takung’ Dan Tekanan Bekalan Air Paip Rendah, Jadi ‘Igauan’ Penduduk Sadong Jaya

2371

BATANG SADONG – Walaupun pada pandangan sesetengah pihak, pihak parti pemerintah telah melaksanakan pembangunan di negeri Sarawak, namun sebenarnya ia belum memadai untuk mensejahterakan kehidupan rakyatnya.

Masalah banjir kilat yang sering berlaku dan tekanan bekalan air paip yang rendah rendah, adalah dua isu yang menjadi ‘igauan’ para penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya.

Walaupun hujan turun berterusan hanya sekitar satu jam sahaja, ia sudah cukup untuk menenggelamkan persekitaran Kampung Pendam Hulu, kira-kira 5 kilometer dari pekan Sadong Jaya.

IMG-20160411-WA0100Abdul Aziz Awang Salleh, 34, warga kampung terbabit berkata, dalam tempoh setahun, tidak kurang 6 kali rumahnya dilanda banjir.

“Bila hujan satu jam tidak berhenti, air naik, habis semua ni banjir………tak kurang lima enam kali banjir…………habis semua………..motosikal kena letak di atas jalan sana,

“ni saya terpaksa buat tembok untuk halang air masuk ke dalam rumah,”ujarnya ketika ditemui di rumahnya.

Selain itu, beliau berkata, penduduk kampung terpaksa membelanjakan wang poket masing-masing untuk membeli pam air, kerana bekalan yang disediakan kerajaan, tidak dapat dinikmati penduduk sepanjang masa.

Ia adalah, kata beliau, kerana tekanan air rendah yang menyebabkan kesulitan kepada seluruh penduduk di Sadong Jaya.

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Batang Sadong, Cikgu Asan Singkro kesal kerana kedua-dua masalah tersebut bukanlah baru, tetapi telah berlarutan sekian lama.

IMG-20160411-WA0101“Pada setiap tahun beberapa kampung di Sadong Jaya ini selalu dilanda banjir……..bagi saya itu bukan banjir sebenarnya, saya istilahkan sebagai banjir air bertakung,

“jadi banjir ini terjadi kerana air hujan yang lebat tidak dapat disalirkan dengan baik ke Sungai Batang Sadong dan saliran serta parit-parit tidak diurus dengan baik,”jelasnya.

Katanya, parit dan saliran tersebut sentiasa dalam keadaan semak, sempit dan cetek serta struktur saliran tersebut tidak selari dan bengkang bengkok.

Justeru itu, beliau yang juga calon PAS bagi kerusi N24 Sadong Jaya berpendapat, bukannya sukar bagi pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut sekiranya pihak kerjaan benar-benar prihatin terhadap kehidupan rakyat.

“bukanlah satu masalah yang sangat sukar untukpihak berkuasa mengatasi masalah ini……hanya mungkin mereka kurang prihatin tentang kesejahteraan kepada rakyat di DUN Sadong Jaya ini,

SAM_1741“kalau diberi mandat (pada pilihan raya kali ini) sudah tenteulah saya memberi perhatian yang serius terhadap masalah ini,”tegasnya.

Beliau berkata, walaupun banjir tidak menenggelami rumah rakyat hingga mencecah bumbung, tetapi kesannya merosakkan tanaman orang-orang kampung, yang menebabkan krugian dan kekurang hasil pendapatan penduduk.

Sementara itu, seorang suri rumah Puan Hasnah Abdullah yang berasal dari Kampung Jaie di sini, turut mengeluh kerana masalah tekanan air rendah.

Katanya, sebelumnya suaminya memasang pam air beliau terpaksa menungguhingga larut malam untuk membasuh pakaian keluarganya.

“tetapi bila dah pasang pam air, bil elektrik pula bertambah…………kalau tekanan air elok, tidak perlu beli pam air dan saya tidak terbeban untuk membayar tambahan bil elektrik,”keluh beliau.

https://youtu.be/ZM3_mQdP92E

https://youtu.be/801L2b8XfgU