Menurutnya, Majlis tersebut akan diadakan pada hari Sabtu 1hb Disember 2012 jam 8.30 malam, di perkarangan PASTI Pekan Bukit Payong yang terletak di antara Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, disitu.
“Saya menjemput semua rakan-rakan maya, Face Bookers, Bloggers dan lain-lain, lelaki dan perempuan, semuanya memeriahkan majlis Silaturrahim pada Sabtu depan, pukul 8.30 malam di PASTI Bukit Payong,
“InsyaAllah, makan minum dan ‘jagung bakar’ istimewa akan dihidangkan, sambil kita bersantai dan bertukar-tukar fikiran,”ujarnya.
Selain beramah mesra, katanya, majlis tersebut diharapkan dapat menjadi forum (interaktif) dua hala secara langsung dan bersemuka, khususnya bagi anak-anak muda di kawasan Bukit Payong dan Parlimen Marang amnya.
Selain itu, beliau selaku Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu, turut mengalu-alukan kehadiran ‘rakan-rakan maya’ dari seluruh negeri Terengganu untuk bersama-sama dalam majlis tersebut.



























