Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS – PAS meningkatkan inisiatif memberi penerangan kepada rakyat dan bersedia menggantikan Umno untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, pada pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, ‘Ops Harap’ adalah usaha kempen mendekati masyarakat yang diadakan secara berterusan sehingga ‘gendang pilihan raya dipukul’ .
“Program ini (Ops Harap) telah masuk siri kedua diadakan di DUN ini, adalah satu program untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang semakin hampir,”katanya.


Menurutnya, rata-rata pengunjung yang ditemui memberi maklumbalas positif terhadap usaha yang sedang PAS lakukan.
“Saya melihat ini satu petanda baik dalam usaha kita untuk menawan ‘kerusi’ Umno di dun Seberang Takir ni,
“Kita (PAS) akan cipta satu sejarah di (DUN) Seberang Takir pada pilihan raya nanti…… itu tekad kami di sini”, tegas beliau.


Antaranya, kata beliau ialah, penyampaian maklumat melalui pengedaran risalah di tempat-tempat awam dan pengisian rohani melalui kuliah di surau-surau.
Selain itu, beliau berkata, ‘Ops Harap’ juga melibatkan program ‘mesra masyarakat’, melalui ziarah kepada golongan miskin, orang kelainan upaya, sakit, warga emas dan armalah (ibu tunggal).






























