Oleh; Ibnu Mohamad
Antara kisah yang masyhur ketika zaman keemasan Islam adalah kisah Khalifah Abu Bakr As-siddiq Radiallau Anhu berniaga di pasar Madinah kerana ingin mencari nafkah untuk keluarganya.
Perlu difahami oleh generasi hari ini bahawa jawatan khalifah menurut Islam tidak menjanjikan kekayaan kepada seseorang.Jawatan khalifah adalah amanah yang besar dan setiap perkara yang diputuskan oleh seseorang khalifah akan disoal dihadapan ALLAH AZZAWAJALLA.
Kemiskinan seorang khalifah menyebabkan Abu Bakr Radiallahu Anhu terpaksa berniaga di Pasar Madinah sedangkan beliau adalah Khalifah Muslimin ketika itu.Hal ini menyebabkan para Sahabat Radiallahu Anhum memutuskan untuk menetapkan permberian gaji kepada Abu Bakr Radiallahu Anhu sebanyak 300 Dinar dan seekor kambing supaya beliau dapat fokus mentadbir urusan umat Islam.
Selepas semua bersetuju akan penetapan ini,tiba-tiba Abu Bakr As siddiq Radiallau anhu menaiki mimbar masjid selepas sembahyang berjemaah bagi menyampaikan ucapan;
“wahai semua yang hadir,aku diberi imbuhan sebahagian kambing,kepala,bahagian perut dan duit sebanyak 250 Dinar, tiba-tiba Umar Al Khattab dan Ali Bin Abi Talib menambah dengan menjadi seekor kambing dan 300 Dinar.Adakah kamu semua reda dengannya? “Seluruh yang hadir dikalangan Muhajirin dan Ansar menjawab,”Kami reda.”
Peristiwa yang hebat ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan keterlibatan rakyat dalam proses pentadbiran negara. Ketelusan Abu Bakr Radiallau Anhu dalam isu penambahan gaji seorang pemimpin dengan meminta persetujuan daripada rakyat menunjukkan betapa pentingnya rakyat mengetahui dengan terperinci setiap polisi dan perjalanan proses urus tadbir sesebuah negara.Oleh hal yang demikian, ketelusan yang ditunjukkan Abu Bakr Radiallahu Anhu hendaklah dicontohi dan diaplikasikan di zaman moden yang serba canggih dan mudah ini.
Parlimen yang menjadi simbol legislatif sesebuah negara hendaklah dirakyatkan dengan wujudnya saluran khas Parlimen. RTM telah menyediakan siaran langsung dari parlimen selama 90 minit bermula dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi. Namun begitu,rancangan yang disiarkan RTM tidak cukup untuk menggambarkan keseluruhan perbahasan parlimen.
Ketika perbahasan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah yang berlangsung sehingga tengah malam. Rakyat yang prihatin ingin menonton pemimpin-pemimpin negara berbahas tentang akta kontroversi ini. Amat tidak munasabah jika rakyat tidak boleh menonton secara live gelagat ahli parlimen yang dipilih oleh mereka di zaman teknologi maklumat yang semakin pesat.
Untuk pengetahuan rakyat,amalan ketelusan sebegini sudah lama diamalkan di negara-negara lain. Di India, Lok Sabha TV diwujudkan oleh kerajaan India untuk memberi liputan khas tentang perjalanan parlimen dan beberapa program rasmi kerajaan. Siaran langsung secara penuh sesi parlimen sudah dimulakan di India sejak tahun 1989.
Maknanya Malaysia ketinggalan 24 tahun daripada India didalam aspek merakyatkan parlimen.Begitu juga United Kingdom yang mempunya saluran BBC Parliament. Apabila House of Common dan House of Lord bersidang,BBC Parliament akan menyiarkan perjalanan dewan tersebut tanpa iklan dan gangguan daripada mana-mana pihak. Tidak dapat disangkal lagi kesedaran politik rakyat United Kingdom amat tinggi kerana mereka cakna dengan apa yang terjadi di parlimen.
Rakyat erharap isu ini dapat diperjuangkan supaya pendidikan politik untuk rakyat Malaysia dapat dijalankan secara proaktif. Kerajaan tidak perlu takut untuk menyiarkan perjalanan penuh parlimen secara live kerana rakyat tidak akan menghukum kerajaan yang telus.
Kerajaan hanya takut untuk merealisasikan perkara ini jika mereka melakukan penyelewengan dan lena di parlimen.Penulis lebih rela duit cukai yang dibayar digunakan untuk perkara-perkara sebegini daripada meluluskan pelbagai projek gajah putih untuk mengayakan kroni.




























