Lagi Pemimpin Umno Terengganu ‘Baham Tanah’ dan Kerajaan Rampas Tanah Rakyat

1334
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Tanah%20MP%20H%20Trg.jpg

Menurut Roslan Abdullah, 53 tahun, beliau di maklumkan tanah tersebut yang terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik telah pun disodok dan dibersih untuk dibangunkan bagi membina sebuah balai raya.

Apa yang beliau kesalkan adalah, tanah tersebut belum dibahagi-bahagikan sebagai harta pusaka setelah emak saudaranya meninggal dunia.

Beliau mengesyakki pihak yang terbabit melaksanakan ‘projek’ tersebut secara tergesa-gesa kerana mahu mendapat ‘laba segera’.

Sedangkan katanya, balai raya sedia ada masih elok dan masih boleh diguna pakai untuk aktiviti kemasyarakatan di kawasan terbabit.

Namun katanya, pihak pejabat pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) setempat tidak peduli tentang ‘hukum hakam’ yang bertindak ‘merampas’ tanah itu.

“apabila  saya tahu tanah tersebut di sodok dan dibersihkan, saya telah pergi ke pejabat Mufti dan meminta penjelasan mengenai status saya dalam mewarisi tanah tersebut,

“ia jelas, saya mempunyai hak namun pihak JKKK tidak memanggil dan memaklumkan kepada saya tentang projek itu,”ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, dokumen dari Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu telah mengesahkan Ahli Parlimen Hulu Terengganu Mohd Nor Othman menerima bukan satu hektar tanah sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini.

Bekas Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu itu sebenarnya telah menerima anugerah tanah seluas 2 hektar (5 ekar) dari kerajaan negeri.

Setiausaha PAS Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, tanah tersebut menurut harga semasa, dianggarkan berharga tidak kurang dari RM1.5 juta

“Kawasan tersebut sekiranya dipecahkan kepada lot-lot tanah, harga satu lot tidak kurang dari RM50,000 dan Cikgu Mohd Nor  (MP Hulu Terengganu) dapat 2 Hektar (5 ekar),

“kalau satu ekar boleh dapat lima lot tanah, maka harga tanah yang dianugerahkan kepada beliau tidak kurang dari RM1.5 juta,”kata Haji Muhyiddin.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/IMG_2051.jpgMenurutnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, kawasan berhampiran Cadangan Tapak Padang Golf Hulu Terengganu itu akan dibangunkan menjadi sebuah pusat pentadbiran baru.

Beliau berkata, Pegawai Daerah Hulu Terengganu telah membuat kenyataan berkenaan perkara tersebut dalam akhbar tempatan dan beberapa pejabat kerajaan telah pun mula berpindah ke kawasan terbabit.

Justeru, Haji Muhyiddin menyifatkan ia sebagai satu lagi projek ‘baham tanah’ oleh pemimpin Umno Terengganu kerana secara moralnya seorang Ahli Parlimen yang bermampuan tidak wajar mendapat tanah berharga jutaan ringgit itu.

Pada masa yang sama katanya, tanah tapak rumah rakyat dan tanah warisan pusaka milik rakyat di rampas dan disodok oleh kerajaan Umno-BN Terengganu.

“ia satu lagi projek ‘baham tanah’ oleh pemimpin Umno Terengganu, pada masa yang sama awal bulan lalu (Oktober 2012) kerajaan telah merampas dan menyodok rumah rakyat di Rancangan tanah Berkelompok Kampung Tok Saboh di Kuala Besut,

“tanah warisan Kampung Banggol Donas juga dirampas dan tanah rakyat marhaen di Kuala Terengganu ‘harta pusaka’ yang belum selesai juga dizalimi,”tegasnya.