Kumpulan Budayawan dan NGO Masyarakat India Berpakat

736

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/Interlok.jpg– membakar Novel  Interlok  tindakan sangat tidak wajar
Pertemuan Muhibah Interlok kali kedua anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat telah diadakan  pada 19hb Januari 2011 di PKNS Bangi, Selangor. Siri-siri pertemuan ini telah mempertemukan  kumpulan budayawan dan NGO masyarakat India.  Kumpulan Budayawan adalah terdiri daripada Senimana Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Budayawan Bertindak (BB), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka, Ikatan Persuratan Melayu, pensyarah universiti  dan individu. Sementara kumpulan NGO masyarakat India adalah terdiri daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP), Makkal Sakti, Malaysian Indian Voice(MIC) , Indian Movement, peguam dan individu.

Dalam pertemuan kedua ini setiap kumpulan diminta membentangkan kertas kerja masing-masing. Perbincangan yang hangat adalah berkaitan dengan desakan mengugurkan Novel  Interlok daripada menjadi buku Teks untuk tingkatan lima sekolah menengah. Setiap kumpulan mempunyai hujah masing-masing.  Setiap kumpulan sangat mengormati antara satu sama lain. Perbincangan ini meletakan kepentingan keharmonian hubungan antara kaum sebagai keutamaan. Akhirnya kami semua bersetuju bahawa:

A.      Suatu panel yang terdiri daripada pakar-pakar budayawan dan pakar-pakar dalam kumpulan masyarakat India diperlukan untuk :

1.      Menyediakan lampiran  ulasan terhadap Novel  Interlok. Lampiran ini hendaklah di masukkan kedalam Novel Interlok yang akan digunakan sebagai teks sekolah menengah.
2.      Memperlengkapkan glosari yang perlu dalam novel tersebut
3.      Membuat rundingan dengan pengarang bagi membuat beberapa pindaan yang munasabah terhadap novel tersebut.

B.      Mencadangkan kepada  semua pihak agar memperbanyakan dialog silang  budaya bagi memberi  kefahaman kepada semua rakyat Malaysia. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum di negara ini.

Pertemuan ini juga sekali lagi mempertegaskan bahawa tindakan membakar Novel  Interlok  adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar dan boleh membawa ketidak harmonian antara kaum.  Suatu pertemuan dengan Menteri Pelajaran akan di adakan dalam waktu terdekat bagi menyerahkan  hasil pertemuan ini  kepada pihak kerajaan.

Suhaizan Bin Kaiat
Moderator  Pertemuan Muhibah Kali Ke-2  Kumpulan Budayawan & NGO Masyarakat India.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.