Krisis berlarutan dan perang saudara di Syria yang berpanjangan memerlukan kepada kuasa Islam untuk masuk campur dan menangani sekaligus menamatkannya.
Perkembangan terbaru yang melibatkan kes penggunaan senjata kimia memberi isyarat yang amat jelas, barat bukan tempat pergantungan dan kuasa dunia sedang memperkotak-katikkan umat Islam.
Yang sudah jelas peggunaan gas ‘sarin’ itu pada 21 Ogos lalu telah membunuh ribuan penduduk Syria termasuk wanita dan kanak-kanak, namun Amerika dan Rusia serta sekutunya dalam Majlis Keselamatan PBB, bukan mahu menamatkan konflik tetapi sibuk mencari siapa yang menembak ‘gas’ itu.
Pada Isnin 16 September, penyiasat PBB dilaporkan menemui dan menyerahkan “bukti yang jelas dan meyakinkan” bahawa senjata kimia telah digunakan pada skala yang agak besar.


Apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh mereka? siapakah sebenarnya yang membekalkan teknologi senjata kimia?
Namun itu bukan juga penyelesaian kepada konflik Syria kerana siapa yang akan dipersalahkan atas peggunaan senjata kimia yang sekurang-kurangnya lima negara telah mengisytiharkan mempunyai simpanan senjata kimia iaitu, Amerika Syarikat, Russia, Libya, Iraq, and Jepun.
Menurut catatan, jumlah simpanan senjata kimia yag diisytharkan didunia adalah kira-kira 30308 tan pada awal tahun 2010.
Selain itu, beberapa negara-negara juga disyaki mempunyai senjata kimia, terutama Syria, Mesir, Israel, Korea Utara dan Iran da telah dituduh sebagai gagal untuk mendedahkan stok simpanan mereka.
Maknanya mereka semua menggunakannya!
Sebaliknya, apabila PBB tidak menjelaskan dalam laporan tersebut siapa yang menembak gas ‘Sarin’ di kawasan Ghouta berdekan dengan Damsyik itu, Syria da sekutunya Rusia pun menjalankan propaganda, sebagaimaa propaganda Amerika tetang kes penggunaa sejata kimia itu.
Semua manusia moden tahu, dimana sahaja konflik yang berlaku diatas muka bumi ini, maka kedua-dua negara ‘jahat’ inilah yang memainkan ‘jarum’ dibelakangnya.
Lihat sahaja krisis rampasan kuasa tentera yag menggulingkan Presiden ‘demokratik’ Mesir, Mohammad Morsi.
Beranikah al-Sisi, sang Jeneral itu bertindak sekiranya beliau tidak ada ‘pendorong’ terkuat dunia yang membenarkan tidakan tentera Mesir membunuh rakyatnya sendiri.
Amerika Syarikat tidak berai megatakan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa tentera sedangka seluruh dunia, termasuk kawan-kawannya di Eropah mencemuh tindakan al-Sisi.
Ia adalah kerana tentera Mesir itu adalah tentera Amerika.
Tentera Mesir adalah pihak kedua penerima terbesar Amerika, selepas Israel dengan jumlah kewangan sebayak $ 66 bilion telah disalurkan oleh Amerika sejak 1980 kepada tentera Mesir


Selain hadiah Amerika kepada tentera Mesir termasuk 1,000 kereta kebal dan 221 jet pejuang bernilai berbilion dolar menandakan komitmen AS ke atas Mesir.
Begitu jugalah hubungan atara Syria dan Rusia.
Sebagaimana tentera Mesir menjadi milik Amerika, tentera Syria sebenarnya adalah milik Rusia dengan bantuan peralatan ketenteraan berjumlah 1 bilion dollar pada tahun 2011.
al-Jazeera melaporkan, lebih 3,000 orang Rusia yang tinggal di Syria dan Pangkalan Tetera Laut Tartus merupakan satu-satunya Pangkalan Rusia yang terdapat di luar negara itu menggambarkan betapa pentingya Syria kepada Rusia.
Selain itu, Rusia yang seolah-olah menjadi bapa angkat kepada Rusia telah memansuhkan 70% hutang Syria yang berjumlah sebanyak RM13. bilion.
Syria juga telah mendapat kemudahan kewangan dari Rusia sebanyak 550 juta dollar membeli sejumlah jet pejuag YAK-130 daipada Rusia.
Sehingga kini Rusia telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 3 kali sejak 4 Oktober 2011 bagi menolak tiga resolusi mengutuk sekutunya Bashar al-Assad.
Justeru, kedua-duaya Amerika Syarikat dan Rusia sedang bersandiwara, dengan menggunakan babak senjata kimia, untuk memberika Rejim Bashar lebih masa, bagi mengatur strategi!






























