KOPAS Tingkat Daya Saing; Urusniaga RM700,000 Selesai Dalam Masa Empat Bulan

803
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/IMG_1604.jpg

Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak setahun yang lalu berkata, KOPAS kini sedang merancang untuk memasuki sektor pembinaan bagi membina rumah kedai dan pejabat 3 tingkat di atas dua keping tanah yang dibeli pada tahun lalu.

“AlhamduliLlah, saya merasa sukacita walaupun sedikit letih, dengan sokongan ahli-ahli semua, berjaya membeli tanah dan menjual lebih 70 lot-lot tanah bernilai RM700,000 dalam masa empat bulan,

“kita sedang merancang pula untuk mendirikan bangunan 3 tingkat rumah kedai atas dua keping tanah yang kita beli pada tahun lalu,”ujar Azmi.

[Gambar kiri; dari kiri – Pengerusi LP KOPAS Azmi Maarof, Dr Alias Razak, Bendahari Abd Rahman said dan Setiausaha KOPAS, Wan Ramli Wan Abddullah. Gambar kanan; Azmi ketika berucap]

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan 100 orang ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan KOPAS kali ke-9 yang di adakan di Dewan Surau Haji Salleh Kampung Rahmat dekat sini Ahad 30 September.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/IMG_1615.jpgSehubungan itu, beliau berharap semua ahli-ahli koperasi dapat meningkat iltizam menyertai skim-skim yang diwujudkan.

Namun begitu, beliau agak kesal dan terpaksa menggantung urusniaga ‘kredit mikro’ kerana ahli-ahli yang terbabit gagal untuk melunaskan pinjaman.

Mesyuarat Agung Tahunan KOPAS telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan KOPAS.

Menurutnya, KOPAS adalah antara koperasi yang telah ditubuhkan dibawah pemerintahan PAS Terengganu pada tahun 199 hingga 2004.