Khutbah Jumaat Johor Umpama Minum Ubat Batuk

1564

Pernah saya mendengar orang berkata “ kalau anda ada penyakit tak dapat tidur, sila pergi solat Jumaat”, Pada mulanya seperti kata-kata jenaka tetapi realitinya seakan-akan ada kebenaran. Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh pak-pak khatib di tempat saya (Johor) pada saya umpama meminum ubat batuk sebelum ke masjid untuk solat Jumaat, apabila pak khatib memulakan khutbah maka seorang demi seorang para jemaah akan longlai kepalanya dan hampir-hampir mencecah kepala lutut.

Saya mencadangkan pendekatan khutbah diubah kepada yang lebih kreatif dan menarikl:

1. Teks Khutbah direka dalam bentuk multimedia.

2. Setiap masjid perlu menggunakan sistem bunyi yang canggih.

3. Papan layar digital berteknologi tinggi yang besar di sekitar hadapan para jemaah.

4. Khatib menggunakan teknologi komputer dalam penyampaian berkhutbah.

5. Setiap penyampaian mempunyai elemen bergambar, bunyi suara, video pendek, muzik latar dan umpamanya.

6. Teks khutbah boleh dicetak dalam bentuk cakera padat atau risalah biasa terlebih awal dan letakkan di pintu utama masjid untuk diagihkan kepada jemaah sebagai bahan rujukan ilmu.

Cadangan saya di atas adalah dengan tujuan supaya para jemaah sentiasa memberi tumpuan dalam mendengar khutbah yang disampaikan dan manafaat ilmu akan lebih berkesan serta berpanjangan.

*** Tulisan Ahmad Nazri Khamis