“Najib bercakap tentang ‘Unity Government’ (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP.
“Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia, PAS pun tidak bersedia untuk berbincang dengan beliau,” kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dalam sidang media di Pejabat PAS jalan Raja Laut semalam.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib semalam yang dilaporkan bersedia untuk berbincang dengan PAS berkenaan kerajaan perpaduan.
Katanya, PAS yang berjuang atas dasar Islam tidak akan mengkhianati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
“PAS bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. (Jadi) PAS tidak akan mengkhianati kawan-kawan.
“PAS tak akan tinggal Pakatan Rakyat, tidak akan khianati rakan-rakan kita,” tegas Mustafa.
(Sila Klik Untuk Mendengar Lanjut Sidang Media Dato’ Mustafa melalui Buletinonline Radio)