Kenapa Saya Berbasikal ke KLCC?

955
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/konvoi%20C4R.jpg

Saya bukan mengejar gelaran Datuk untuk memecah rekod Malaysia atau Mencari publisiti murahan..Anda silap! Mari kita sama-sama berfikir d luar kotak,jangan di bawah tempurung bersama katak kerana katak hari ni tidak lagi berada dibawah tempurung..mugkin katak duduk diatas sofa.!                                      

Tidak lain dan tidak bukan,Ini adalah semata-mata untuk Jatuhkan Rejim Zalim Yang masih bertapak di Malaysia..Anak-anak muda hari ini, khususnya orang-orang Terengganu mesti celik dan mesti sedar, jangan ditipu lagi oleh Umno-BN khususnya dalam kes royalti minyak yang masih lagi belum diserahkan.

Umno tidak boleh lagi diharapkan mentadbir Terengganu kerana menghabiskan wang sesuka hati tanpa memberi manfaat sedikit pun kepada rakyat ! 

Saya memulakan kayuhan pada tanggal 5/1/2013 Dari masjid Rusila dan dilepaskan oleh Ust Khalil Abdul Hadi AJK pemuda Pas Pusat menuju ke Dungun bersama dengan group C4R Kelantan yg diketuai oleh Jeming Hasan..                     

Walaupun dilanda pelbagai kritikan dan tomahan ,tapi aku nekad untuk berkayuh..Usaha kita,tulang empat kerat kita , titik peluh kita, pendirian kita .. Kenapa perlu jatuh dgn mulut orang lain ?

Biarlah mereka berbicara, kerana di akhirat nanti mulut2 akan berkunci, Dan anggota tubuh menjadi saksi …Saya jadikan itu semua sebagai cabaran dan anggap ia sebagai satu mehnah dalam perjuangan………… 

Agak terkilan dengan pihak yg lebih mementingkan warna..orang-orang ini blh dikatagorikan sbagai pejuang warna sejati..Bagi saya apa yang lebih penting ialah fokus kepada isu Royalti bukan warna..Jangan kita biarkan musuh bagi selimut untuk kita tidur.                                

Alhamdulillah berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 250km..tahniah diucapkan kepada adik2 dari Kelantan yg begitu bersemangat dan bertenaga sehingga berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 700km iaitu dari kelantan hingga KL..tahniah..moga ape yang diperjuangkan,akan diperoleh..demi rakyat dan untuk rakyat!

***Syed Solah Syed Hassan adalah Setiausaha Kerja Sekretariat ‘R’ Terengganu dan aktivis media KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen) beliau pada mulanya hanya mahu mengiringi C4R sehingga bandar Dungun dari Marang, namun melepasi kayuhan lebih 200km hingga Kuantan