Kenangan ‘Nasi Tomato’

4679

Oleh : Nurhidayah Ali

Waktu malam hari, balik dari kelas ‘perasan’ beberapa kelompok anak muda dan ada juga orang dewasa yang jual nasi lemak bungkus di tepi jalan.

Waktu mereka beroperasi hanya waktu malam sahaja.

Ada yang jual siap dengan ‘kanopi’, malah ada antara mereka yang berjualan dengan menumpang teduh di hentian bas, ditemani cahaya suram lampu jalan.

Hari ini, dalam perjalanan pulang, terpandang dua orang pemuda menanti pelanggan nasi lemak mereka dalam separa cerah cahaya.

Tiba-tiba rasa sebak dan terharu……terfikir dalam benak kepala, jualan mereka malam ni laku ke tidak?

Siang bekerja, malam pun mereka terpaksa bekerja mencari sesuap nasi. Tak kaya atau jadi jutawan pun jual tepi jalan gitu, tetapi sekurang-kurangnya dapatlah menampung sikit sebanyak belanja tertentu.

Teringat kenangan semasa belajar di Universiti dulu.

Tiap-tiap petang saya jual nasi tomato. Sedap sangat nasi tomato tu, sampai sudi sudi jadi orang tengah menjaja di setiap bilik asrama perempuan.

Gambar hiasan

Upahnya biasa-biasa sahaja, malah dapat nasi tomato ‘free’ setiap petang, Alhamdulillah!

Sebagai pelajar ketika itu, memang saya sangat bersyukur kerana tak perlu keluar duit untuk makan malam.

Selain dapat jumpa ramai kenalan, walaupun menjual nasi tomato dengan ‘malu-malu begitu….he …he.

Namun yang kelakarnya, orang akan ingat saya sebagai ‘nasi tomato’ tiap kali jumpa. Sampai dah habis kontrak jual pun, orang masih duk sebut-sebut lagi ‘nasi tomato’.

“Moga Allah murahkan rezeki kamu,” bisik dalam hati saya.

Itu yang selalu saya ucapkan dalam diam kalau berjumpa ‘penjual jalanan’.

Setiap orang punya kisah dan dugaan berlainan, berdoalah selalu agar kita tetap pendirian di jalan yang Allah redha, cari rezeki halal.

Syukur selalu atas apa yang kita dapat, moga berkatNya membawa kita ke SyurgaNya, InsyaAllah