DHPP Yakin PAS Terengganu Pilihan Rakyat

2737
Setiausaha DHPP Terengganu, Harish Chand (dua dari kanan) dan ahli baharu DHPP Terengganu, Teng Boon Seng. (palimg kanan)

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu berkeyakinan bahawa PAS Terengganu menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya umum kali ke-a4 akan datang.

Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan berkata berdasarkan perkembangan politik semasa di negeri ini PAS boleh memenangi pilihan raya tersebut.

Menurutnya, kepimpinan Umno-BN yang memerintah sekarang telah hilang kepercayaan majoriti rakyat di seluruh negara.

Manakala, katanya pembangkang Pakatan Harapan yang bakal bersaing tiga penjuru dengan PAS dan BN juga dalam situasi bercelaru.

“Kami (DHPP) cukup yakin, PAS boleh kembali memerintah dan menang PRU14 ini. Seluruh negara rakyat sudah tidak percayakan Umno-BN dan ramai yang sedang menyertai PAS dan DHPP.

“Pakatan Harapan pula dalam keadaan bercelaru dan tidak konsisten setelah mereka pilih Tun Dr Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri selepas PRU14 nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian karika ditemui selepas membuat kunjungan hormat, bersua denan Penolong Setiausaha, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, pada Ahad 22 Januari.

Dr B.Chandran yang juga Pengerusi DHPP Terengganu mendakwa ramai di kalangan warga Tionghua di negeri ini menyokong PAS secara senyap demi kepentingan tertentu.

Menurutnya, penyertaan orang bukan Islam bersama DHPP Terengganu ada tetapi mereka tidak berani menonjol diri.

Justeru, katanya peranan DHPP adalah sebagai penghubung antara orang bukan Islam dengan PAS sekaligus boleh membuka mata masyarakat Melayu.

“Apa yang lebih penting di Terengganu ini, masyarakat dan pengundi Melayu kena sedar diri dan menyokong PAS kerana mereka majoriti.

“Pengundi Melayu mesti memilih PAS pada PRU14 ini dan menolak kerajaan Umno-BN termasuk parti pengacau Pakatan Harapan di Terengganu,” tegasnya.

Pada PRU14 ini, PAS Terengganu akan bertanding di 32 buah Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lapan kawasan Parlimen serta berhadapan dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Hadir sama pertemuan itu, Setiausaha DHPP Terengganu, Harish Chand dan ahli baharu DHPP Terengganu, Teng Boon Seng.