Oleh : DMS
SETIU – Kenaikan harga minyak menjelang hari raya Aidil Adha pada Rabu lalu, nyata memberi kesan kepada anak-anak Terengganu di perantauan (Perantau), disamping kos sara hidup yang semakin tinggi, untuk mereka pulang ke kampung halaman.
Menurut Ketua Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail ramai di antara perantau tidak kelihatan pulang beraya di kampung kali ini walaupun terdapat cuti yang panjang.
“kita lihat tidak ramai Perantau yang pulang berhari raya dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi tambahan pula kenaikan harga minyak yang di umumkan baru ini,


“memberi kesan terhadap mereka yang hendak pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui selepas menyembelih lembu korban di Cawangan Kampung Tanjung.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sambutan rakyat terhadap sambutan hari raya yang di sambut oleh seluruh umat hari ini, Jumaat 1 September.
Walau bagaimana pun Shafizi melihat sambutan korban tahun ini cukup meriah dengan semua cawangan melaksanakan sembelihan.
Katanya, lebih daripada 20 ekor lembu telah disembelih sejurus selesai solat sunat Aidil Adha.


“kita harap rakyat akan terus melaksanakan perintah Allah termasuk juga perantau supaya pulang mengundi pada pilihanraya terdekat ini untuk memberi kemenangan parti Islam (PAS).
“kepulangan mereka untuk mengundi nanti kita harap akan memberi peluang PAS untuk memerintah seterusnya dapat kita menjaga kebajikan rakyat,” tegasnya.



























