Kembara Oren; Anak-anak Felda Jerangau Tidak Ada Masalah

1702
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/anak-anak%20felda%20Jerangau.jpg

Lebih seratus orang penduduk tempatan Felda Jerangau, menyambut kedatangan Konvoi Oren, mendengar ucapan dan menerima risalah yang di agihkan oleh Persatuan Anak Peneroka (Anak) tanpa sebarang masalah.

Majoriti yang hadir adalah anak-anak muda dibawah umur 45 tahun dan ternyata mereka menolak dakwaan pihak terbabit yang didalangi oleh pemimpin Umno itu.

Antara mereka yang sempat ditemui ialah anak jati Felda Jerangau Anwar Abdul Razak (Gambar kanan bawah)

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/Anwar%20Abdul%20Razak2.jpgBeliau yang berumur 28 berkata, laporan tersebut tidak benar dan bertujuan untuk mewujudkan suasana yang tidak ‘selesa’ di kejiranan terbabit.

“kami anak-anak muda Felda Jerangau tidak ada masalah, apa-apa program yang membawa kebaikan, Konvoi Oren datang nak memberi penerangan, rak ada apa-apa masalah,”ujar Anwar.

Manakala kawannya Jasni Othman, 40, turut menolak dakwaan yang cuba memfitnah Konvoi Kembara Oren Sekamatkan Felda. Menurutnya, belia difahamkan Penolong Pengurus yang membuat laporan polis itu telah dipengaruhi oleh pemimoin Umno setempat.

“dia pegawai Felda tetapi pemimpin Umno pengaruhi dia supaya buat report polis, ta benar ada orahg nak berbalah ada orang nak bergaduh di kampung ini,”jelasnya.

Sementara itu, pendirian tersebut turut dikongsi oleh dua orang pemudi warga Felda Jerangau.

Rafeah bt Mohamed Daud, 36, telah tinggal dan menetap di Felda terbabit sejak beliau dilahirkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/Nurul%20Nadhirah%20dan%20Rafeah%20Mohamed1.jpgBeliau bukan sahaja memberi sokongan penuh kepada usaha Anak untuk menyelamatkan Felda dai menjadi ‘mangsa’ kerakusan pemimpi Umno, bahkan menjadi antara antara ahli persatuan tersebut yang menyambut kedatangan Konvoi Kembara Oren dengan memakai baju berwarna oren.

Rakannya, Nurul Nadirah Mohd Salleh, 22, dilahirkan di Felda Ketengah Jaya dan berpindah, serta menetap di Felda Jerangau beberapa tahun lalu.

Kedua-dua pemudi anak Felda itu berterima kasih kepada Anak kerana memberikan penerangan yang menjadikan kedua mereka celik maklumat berkenaan isu-isu Felda.