Kata-kata Ahmad Said Tidak Di Pedulikan Media, ADUN-ADUN Besut

972

kata-kata Ahmad tidak sedikit pun dipedulikan oleh media dan ADUN-ADUN yang bertelagah dengannya.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/09/P1000791.JPGAhmad pada 9 September lalu mahu menyaman sebuah akhbar yang melaporkan, kemelut dalaman kepemimpinan UMNO Terengganu adalah berpunca daripada tindakan beliau.

Namun nampaknya, ia tidak dihiraukan oleh akhbar tersebut.

Akhbar tersebut yang mendakwa Ahmad tidak melantik wakil rakyat sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Ketua UMNO bahagian yang turut diberi kuasa melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).


Tindakan Ahmad tersebut dianggap oleh pihak yang bertentang dengnnya sebagai ’menganaktirikan’  beberapa DUN yang tidak sealiran dengan Ahmad.

Sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan ’memohon maaf’ yang disiarkan oleh akhbar terbabit.

Malah, bukan sahaja akhbar itu tidak ’ambil pusing’ tentang kata-kata Ahmad, bahkan empat ADUN dalam daerah Besut terus bertindak membelakangi Ahmad.

Walaupun ADUN Kota Putra Muhammad Pehimi Yusof, dilaporkan bersama-sama ADUN Bukit Besi, Dato’ Din Adam, pergi bertemu dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Dato’ Hishamuddin Hussein bagi menyatakan taat setia kepada Ahmad (Hisham), tetapi apabila kembali ke lubuk, lain haikikatnya.

Dalam Sidang media selepas ke Putrajaya, Din Adam dan enam ADUN menjelaskan bahawa hubungan antara ADUN-ADUN dengan Ahmad sentiasa baik, tidak ada pertelagahan, namun kenyataan yang berlaku di bawah sebaliknya.

Di Besut, ‘Bumi Ulul Albab’, kain-kain rentang atau ’banner’ ’Selamat Menyambut Ramadhan’ dan ’Selamat Hari Raya’ yang dipaparkan membuktikan dakwaan Din Adam bahawa UMNO tidak bermasalah adalah tidak benar samasekali.

Jelas, kemelut dalaman UMNO Terengganu belum selesai, belum bertemu penghujungnya dan turut menjangkiti pemimpin UMNO peringkat Pusat.

Bukan sahaja gambar Ahmad sebagai Menteri Besar tidak diletakkan dalam ’banner’, gambar Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamudin Hussein selaku Pengerusi Perhubungan UMNO turut tidak kelihatan.

Mereka lebih rela meletakkan gambar mantan Menteri Besar, yang dianggap sebagai musuh Ahmad, Dato’ Seri Idris Jusoh menghiasi kain-kain rentang tersebut.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa, walaupun penyelesaian kemelut dalaman UMNO Terengganu akan selesai selepas Eidul Fitri, namun ’riak-riak’ penyelesaian itu jauh dari kelihatan, kerana ada diantara ADUN yang memusuhi Ahmad telah ’membakar jambatan’.

Seorang ADUN dilaporkan berkata, bagaimana bisa penyelesaian dapat dibuat sedangkan situasi sebenarnya lebih sulit dari mengusahakan proses perdamaian seperti di Timur Tengah.

Justeru, usaha Hishamudin untuk memperkuat jentera parti hanyalah dilihat oleh kumpulan Anti-Ahmad sebagai tindakan ’bias’ terhadap kepentingan Ahmad.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/09/P1000795.JPGLangkah terbaru Hishamuddin memancing Din Adam menjadi ’agen’ beliau bagi meredakan kemelut hanyalah di sifatkan sebagai satu tindakan politik yang menguntungkan peribadi Din Adam.

”Mood rakyat tidak berubah, kenyataan Din Adam hanyalah politik, rakyat kini tidak senang dengan perangai ADUN, termasuk beberapa orang yang bersama Din Adam,”kata seorang ahli UMNO bawahan.

”ADUN-ADUN UMNO kini bukan wakil rakyat, tetapi wakil diri mereka sendiri, untuk kepentingan peribadi masing-masing,”kata seorang lagi orang kuat UMNO.

Ekoran kenyataan Ahmad mengugut Akhbar supaya memohon maaf kepadanya, telah di pulangkan sebagai ’paku buah keras’ kepada Ahmad.

Sebuah laman blog yang dipercayai membawa suara rakyat Besut lantas membalas ugutan Ahmad lalu memberi amaran kepada Ahmad;

”Kalau Ahmad Said boleh memberi tempoh seminggu untuk Media Memohon Maaf penulis pula ingin memberi tempoh seminggu untuk Ahmad Said mohon Maaf kepada rakyat Terengganu di atas perbuatanya yang menganak tirikan beberapa DUN yang tidak sealiran denganya. Bagi Penulis tindakan Ahmad Said itu lebih berupa satu penganiayaan terhadap hak pengundi di kawasan-kawasan DUN yang dianaktirikan tersebut,

”Tidak keterlaluan kalau penulis katakan semua ‘gelora’ yang berlaku di dalam Kerajaan Terengganu pada hari ini adalah 100% berpunca daripada beliau, kerana beliaulah berlaku ‘gelora itu’ sebenarnya rakyat Terengganu sudah boleh menerima beliau sebagai Menteri Besar tetapi tindakan beliau menganak tirikan DUN tertentu telah menyebabkan rakyat melahirkan rasa tidak puas hati dan ianya disuarakan kepada Wakil DUN, namun wakil DUN tidak boleh buat apa-apa selain mendesak Kerajaan Negeri dari situlah timbulnya gelora yang tidak habis menghempas Kerajaan Terengganu.

”Penulis juga mendesak agar Ahmad Said berundur dalam tempoh satu minggu daripada Sekarang, kerana rakyat sudah tidak dapat menerima apa yang telah Ahmad Said lakukan terhadapnya, Adalah lebih baik Ahmad Said meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar kerana jawatan itu sememangnya tidak sesuai denganya,”tulis pengendali laman blog tersebut.