Karnival Chukai; Sudah Tiba Masanya Bagi Umno dan BN

861


Karnival Chukai terlaksana kerana kerjasama erat, gabungan diantara tenaga muda dan senior tanpa diberi imbuhan atau upah. Kerja-kerja yang dilaksanakan tanpa paksaan dan itulah pengorbanan kerana Allah dan perjuangan Islam yang dihasilkan melalui keajaiban tarbiyah PAS kepada ahli-ahlinya.

Puluhan ribu ringgit dibelanjakan mengongkosi Karnival Chukai atau program-program lain, semuanya adalah sumbangan daripada ahli-ahli dan para penyokong PAS.

Sebagai Pengarah MTD Chukai saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dengan doa dan semangat pengorbanan yang mereka berikan, InsyaAllah, mendapat ganjaran daripada Allah SWT di dunia ini dan di akirat nanti.

Himpunan kali ini juga bejaya memasyarakatkan PAS ke tengah warga Chukai bersama-sama bersukaria dalam permainan sukan tradisional, penuh keintimam antara pimpinan dan rakyat.

Paling menyerikan sambutan kali ini ialah Karnival dapat menganjur slot bersama-sama dengan anak-anak yatim seramai 120 orang.

Dengan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM 7500, AlhamduliLlah, tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat beras 5 kilo dan wang tunai sebanyak RM 50.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Hassan at-Tantawi, sambil anak-anak yatim tersebut dijamukan dengan jamuan makan.

Sambutan kepada carnival kali ini sangat memberangsankan, menandakan rakyat sudah

Turut merasai gelombang Pakatan Rakyat dan PAS yang InsyaAllah akan mengambil alih pentadbiran dari Umno/BN pada pilihanraya umum yang ke 13 akan datang, kerana Umno/BN sudah terlalu tua.

Umno/BN sudah ‘nyanyuk’ dan tidak dapat membezakan lagi antara yang baik dan yang buruk, antara kerajaan dan parti yang memerintah, antara rasuah dan sumbangan.

Sebab itu, hak kerajaan dianggap oleh Umno/BN sebagai hak parti dan mereka selalu mengaku, Umno/BN yang membina lebuhraya dan jalanraya.

Sedangkan merekalah yang menjadi hanturaya, menghisap darah dan keringat rakyat, menyedut wang hasil bayaran cukai oleh rakyat jelata, mejadikannya sebagai habuan-habuan peribadi bagi membina kemewahan hidup; perempuan, istana dan takhta !

Rumah rakyat sebesar ‘kangkang kera’ rumah pemimpin Umno istana dilereng bukit, bantuan kepada rakyat marhaen hanyalah atap rumah, wang ehsan, sedang bantuan kepada kroni, laba projek-projek puluhan juta ringgit.

Pemimpin Umno/BN berbangga mendirikan istana-istana yang dibina entah dari mana sumbernya, pemimpin Umno BN berbangga, memandu kereta-kereta mewah, yang mereka beli dari duit rasuah.

Sudah tiba masanya rakyat bangkit dan bertindak, menghumbankan Umno dan Barisan Nasional jauh-jauh ke tengah Laut China Selatan!