Jutaan Terima Kasih Daripada Pengarah PGU 5.0

1001
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/DSCN0941.jpg

Beliau mendedikasikan ucapan terima kasih itu kepada PAS Kawasan Setiu sebagai tuan rumah, petugas-petugas PAS dari pelbagai lapisan pangkat dan semua ahli PAS dan PR dari seluruh pelusuk Terengganu.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Kawsan Setiu dan seluruh jentera yang telah bersusah payah menggembeling tenaga bagi menjayakan program ini.

“Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan kariah Masjid Pekan Jabi diatas kerjasama yang telah diberikan. Kami memohon kemaafan sekiranya ada kelemahan kami sewaktu program ini berlangsung.

“Juga kepada pasukan keselamatan yang membantu melicinkan perjalanan program ini,” katanya.

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu sangat berpuashati dengan perjalanan PGU 5.0 ini secara keseluruhannya dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi PGU seterusnya sekiranya tiada pilihanraya umum selepas oktober ini.

Ditanya mengenai kemasukkan tiga orang tokoh dalam program itu semalam, beliau menyatakan ianya adalah isyarat jelas PAS diterima oleh semua lapisan masyarakat.

“Kemasukan Tengku Seri Paduka Raja (Tengku Ibrahim) ini jelas memperakui bahawa PAS menjulang institusi istana apabila kerabat diraja sanggup bersama-sama PAS.

Manakala penyertaan saudara Ahmad Amzad Mohamed yang mewakili golongan profesional ke dalam PAS ini sebenarnya menzahirkan keyakinan mereka iaitu PAS layak memerintah dan memimpin.

Justeru tuduhan PAS parti ajaran sesat telah memberikan kesan positif bukan kepada Umno tetapi kepada PAS dimana golongan cerdik pandai malah yang dalam Umno sendiri seperti Datuk Omar Abu Bakar, tahu bahawa tuduhan itu hanyalah bohong,” tegas beliau lagi.

Semalam dalam program PGU 5.0 itu tiga orang tokoh anak Terengganu telah mengisytiharkan diri menyertai PAS.
Mereka ialah Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim ibni al Marhum Sultan Ismail Nasirudin Shah atau lebih dikenali sebagai Ku Duka dikalangan rakyat Terengganu.

Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 mewakili Parti Melayu Semangat 46 ketika itu.
Tokoh kedua ialah Datuk Osman Abu Bakar bekas wartawan utusan dan pegawai akhbar di Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga menteri pertahanan iaitu Tan Sri Taib Mahmud, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohammad.

Ketiga, seorang profesional muda, saudara Ahmad Amzad bin [email protected], Pengerusi Eksekutif Norstar Technology Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah Urusan di MSET Shipbuilding Corperation Sdn. Bhd.

Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaksikan oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali dan saf kepimpinan PAS Terengganu.