Jerebu Merebak Ke Beberapa Negeri

1832
http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Jerebu.jpg

Keadaan jerebu di Pasir Gudang dan Kota Tinggi di Johor pula mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ‘membahayakan’ pada paras 323 dan 314 pada 11 pagi semalam, menurut laporan- laporan media Malaysia.

Paras IPU di Pasir Gudang dan Kota Tinggi itu, bagaimanapun, masing-masing turun ke paras 189 dan 226 pada 5 petang hari yang sama.

Kelmarin, bandar Muar, di sebelah utara Johor, mencecah bacaan IPU tertingginya iaitu pada paras 383.

Bacaan indeks bagi bandar tersebut bagaimanapun turun sedikit ke paras 273 pada 5 petang, semalam, tetapi masih berada di tahap berbahaya.

Namun, Port Dickson dan Seremban, kedua-dua bandar utama di Negeri Sembilan, menunjukkan mutu udara ‘tidak sihat’ semalam, berbanding sehari sebelumnya, apabila bacaan IPU di kedua-dua bandar itu masing-masing mencecah 205 dan 119 pada 5 petang, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia.

Selain dua bandar di Negeri Sembilan itu, lima lagi kawasan yang disenaraikan JAS sebagai berada dalam kategori bacaan IPU ‘tidak sihat’ – dari 101 hingga 200 – pada 5 petang semalam ialah Banting (145); Bukit Rambai (257); Bandaraya Melaka (271); Muar (273) dan Larkin Lama (158).