Isu Tanah Felda/ FGV; Ahmad Razif Tidak Pernah Bersuara?

392

Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sering bercakap tentang ‘Sea Felda’ tetapi tidak pernah menyebut tentang masalah pemilikan tanah Felda/ FGV.

Sebaliknya dalam Dewan Undangan Neger, Dato’ Seri Ahmad Said berkata “pembangunan ladang komersial (yang diuruskan oleh FGV) di tanah kerajaan negeri adalah tidak sah atau haram kerana tiada perjanjian formal atau hitam putih yang ditandatangani antara kerajaan negeri dengan FELDA”.

Ahmad Razif amat sibuk dengan isu dan telah membuat beberapa kenyataan mengenai projek yang dikenali sebagai “Sea Felda”, terutamanya berkaitan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di Terengganu.

Walaupun projek ‘Sea Felda’ telah pun dimansuhkan oleh kerajaan persekuutuan pada 2018, semasa pilihan Raya Negeri Terengganu pada tahun 2023, Ahmad Razif, yang bertanding bagi kerusi DUN Seberang Takir, telah berjanji akan meneruskan kembali Projek Akuapolitan Kuala Nerus atau “Sea Felda” sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula kerajaan negeri Terengganu daripada PAS.

Istilah “Sea Felda” digunakan sebagai analogi atau konsep yang mirip dengan pembangunan FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), tetapi fokusnya adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti nelayan melalui akuakultur (perikanan) yang mampan. Ia adalah satu skim pembangunan bersepadu untuk masyarakat maritim.

Projek perintis Akuapolitan di Kampung Seberang Pak Abu hanya dilancarkan pada Mei 2016 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.

Namun sebaliknya, isi pemilikan tanah Felda/ FGV lebih awal lagi, sudah ada failnya Ketika beliau menjadi Menteri Besar menggantikan Ahmad Said.

Selepas BN tewas dalam PRU14 pada 2018, Ahmad Razif dan kononnya penduduk setempat terus menggesa pihak berkuasa, seperti Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDA), untuk memastikan projek tersebut diteruskan demi manfaat nelayan tempatan.

Beliau baru-baru ini menyatakan bahawa masih ramai yang mengingati projek ini dan usaha untuk membangunkan Bandar Akuapolitan masih menjadi tumpuan di kawasan DUN beliau, menunjukkan isu ini masih relevan dalam agenda tempatan.

Akuapolitan Kuala Nerus pada asalnya dianggarkan menelan kos keseluruhan sebanyak RM180 juta. Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan untuk meningkatkan taraf hidup nelayan.

Berdasarkan kenyataan rasmi dan laporan media, Projek Akuapolitan Kuala Nerus dianggap gagal atau terbengkalai atas beberapa sebab utama, terutamanya melibatkan isu pentadbiran dan pelaksanaan antara peringkat kerajaan pusat dan negeri:

Sebab utama kegagalan adalah kerana tiada kerja-kerja teknikal atau pelaksanaan fizikal projek bermula, kecuali majlis pelancaran dan lakaran awal, walaupun peruntukan telah diluluskan.

Selain itu, peralihan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018 menyebabkan semakan semula ke atas semua projek yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional)

Pada tahun 2019, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) ketika itu, memutuskan untuk membatalkan projek bernilai RM180 juta tersebut. Pembatalan dibuat atas dasar tiada kemajuan ketara dalam pelaksanaan projek.

Terdapat juga isu berkaitan kesediaan tapak dan kelulusan daripada agensi-agensi terlibat yang tidak dapat diselesaikan dengan lancar.

Adalah tidak munasabah sekiranya, Ahmad Razif ketika menjadi Menteri Besar tidak mengambil berat tentang masalah berlarutan pemilikan tidak sah tanah Felda/ FGV seluas hampir 15,000 hektar, berada dalam beberapa daerah dalam negeri Terengganu.

Isu tanah Felda/ FGV melibatkan tuntutan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk mendapatkan perkongsian keuntungan daripada ladang komersial yang diusahakan oleh FELDA/FGV di tanah milik negeri, yang didakwa berjumlah kira-kira RM600 juta.

Kerajaan negeri menuntut perkongsian keuntungan, premium tanah, atau cukai daripada kira-kira 15,000 hektar tanah yang digunakan oleh FELDA/FGV sebagai ladang komersial (tanpa peneroka) selama hampir 40 tahun tanpa bayaran yang sah, anggaran jumlah tuntutan ini disebut-sebut mencecah RM600 juta.

Sangat sedikit berbanding dengan hanya RM180 juta, kos pembiayaan kerajaan persekutuan ketas projek ‘Sea Felda’ yang diperjuangkan Ahmad Razif!