Islam Membimbing Kemajuan Dengan Intergriti.

46

Menggambarkan Islam ini agama yang sempurna, dia tidak hanya terhad di dalam melaksanakan agenda sebahagian ya. Ia bukan hanya lingkungan puasa di dalam bulan Ramadan sahaja, dia juga tidak teruji hanya setakat menunaikan zakat yang dikenali sebagai hubungan ekonomi dilaksanakan oleh manusia, dia juga tidak terhenti setakat melaksanakan ibadat haji tetapi dia dijagakan sebagai agama dan cara hidup yang mesti diberikan perhatian oleh semua umat manusia dan seluruh makhluk yang berada di bawah Rasulullah SAW.

Ekoran kefahaman inilah menyebabkan baginda Nabi SAW bukan sekadar mengejar pahala mengerjakan sembahyang di bumi yang penuh keberkatan untuk mendapat kurniakan seratus ribu kali ganda di bumi Mekah Mukarammah tetapi memahami Islam adalah cara hidup yang perlu untuk dipermodelkan kepada generasi?? dan selepas ini. Tiadalah sebab Nabi Muhammad SAW sanggup berhijrah ke bumi Madinah Al Munawwarah walaupun. pahalanya jauh lebih rendah jika dibandingkan di bumi Makkah Mukarammah.

Ditunjukkan pulaَ model Baginda Nabi SAW menjadi ketua kepada masyarakat yang berada di Madinah Munawwarah, memainkan peranan sebagai pemimpin yang beraksi sebagai seorang tokoh politik yang disegani oleh kawan dan. juga lawan. Maka menjadi contoh yang telah ditinggalkan kepada generasi ini. Mimbar Jumaat pada hari ini berhasrat untuk menyampaikan mesej penting kepada seluruh sidang hadirin sekelian agar tidak melupakan tanggungjawab untuk terlibat di dalam pemilihan yang akan berlangsung pada 19. November. Itulah saat untuk kita menyatakan pemilihan, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa tetapi kita berhak untuk menilai dan mengkaji untuk kita memilih siapakah yang sepatutnya menjadi pemimpin

Hadirin Sidang Jumaat sekelian, kita menjadi topik ini sebagai perbincangan utama di mimbar Jumaat, marilah kita menghayati apa yang telah disebut oleh Al Imam Al Ghazali ‘ agama itu merupakan teras, pemerintahan itu merupakan pengawal dan penjaga, perkara yang tidak memiliki teras, ia akan hancur, perkara yang tidak memiliki pengawal, ia akan hilang, demikianlah fahaman politik yang dimiliki oleh Imam Al Ghazali yang telah menjadi pengajian kita menjadikan mencakupi tauhid, mencakupi tasawuf tetapi Al. Imam Ghazali rahimahullah tidak memikirkan sama sekali kefahaman terhadap kepentingan politik untuk dijadikan penghayatan oleh seluruh umat Islam.

Justeru dalam dasar bagi Imam Al Ghazali, agama itu mesti menjadi teras, jangan kita nampak dalam abstrak dalam pembangunan material semata-mata. Islam bukan agama yang hanya membenci Pembangunan, Islam bukan agama yang menyekat kemaraan kemajuan, lihat dan saksikan apa yang disebutkan di dalam Al Quran Karim.
Islam bukan agama yang bodoh tetapi Islam adalah agama kemajuan semenjak zaman nabi SAW disambung oleh khulafa Ar Rasyidin dan di sambung oleh Khilafah seterusnya sehinggalah kita saling berpecah belah, Khilafah Abbasiyyah mengalami kejatuhan, Khilafah Uthmaniah mengalami kejatuhan, titik titik hitam ini adalah kerana kita mengabaikan tanggungjawab mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam situasi pada pagi ini suasana kita kekal untuk terus menyatu padukan ummah tetapi dalam masa yang sama kita mesti berpendirian tegas walaupun kita membawa agenda Perpaduan Ummah, kita tidak boleh menjadi pembela kepada mereka yang terlibat dengan salah laku, kita tidak boleh menjadi pembela terhadap mereka yang didakwa di dalam perundangan kerana tanggungjawab ini adalah untuk menyelesaikan semua perkara berteraskan kepada kepimpinan baginda Nabi SAW.
“Kalaulah sekiranya Fatimah anak, kesayanganku, mencuri, pasti aku akan memotong tangannya.

Tidak ada pilih kasih diantara mereka yang memiliki kes secara ‘? : dan saksama. Jangan jatuhkan hukuman melalui media, jangan jatuhkan hukuman mengikut emosi, lakukan melalui sistem perundangan yang sedia ada.

Maka pada waktu itu kita tidak akan melakukan pembelaan terhadap sesiapapun.

Hadirin yang dikasihi sekelian, oleh kerana Islam agama yang mengajar kepada kemajuan, kita perlu yakin, Islam membimbing kemajuan itu dengan intergriti. Islam membimbing kemajuan itu dengan kejujuran, Islam membimbing kemajuan itu dengan tanggungjawab bukan hanya slogan dan kata-kata, bukan semata-mata untuk meraih undi tetapi semata-mata untuk mencari keredhaan Allah selepas daripada hari kebangkitan semula untuk menjawab kembali di hadapan Allah SWT.

Khutbah Jumaat 11 November 2022
Ustaz Hishamuddin Abd Karim
Masjid Jamek Tol Jiring