Pemimpin Bersih Memacu Kemajuan

280

MARANG – Pemimpin bersih dari segala aspek akan mencorakkan masa depan negara yang lebih stabil dan sejahtera.

Ketua Ameerah Kawasan Marang Puan Solehah Sudin berkata, para pengundi muda diseru memilih pemimpin yang boleh memandu kehidupan rakyat ke arah kebaikan.

“Pilihlah pemimpin yang terang-terang nak tegakkan Islam seperti pemimpin Negeri Terengganu sekarang yang menjaga amanah,

“Kerajaan sekarang tidak mengira parti, semua dibantu, dengan kesemua manifesto semasa pru-14 ditunaikan, lunaskan berjuta-juta hutang, beri tanah dan sebagainya.” Katanya ketika dalam segmen wanita muda di studio Marang TV.

Justeru katanya, pengundi kali pertama perlu menngambil peluang dan membuat pilihan terbak untuk masa depan gerasi.

“Nak pilih pemimpin ni perlu dengan teliti dengan baik, jika baik dipilih, maka baiklah negara kita,

“Sekali kita pilih dan memangkah bermakna lima tahun kita perlu hadap dengan pemimpin itu, jadi jangan sampai silap memangkah.” tambah beliau.