Iran Seru PBB Sahkan AS, Israel Sebagai Pencetus Perang

384
Seyed Abbas Araghchi

Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi pada hari Ahad menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengiktiraf san mengtesahkan Israel dan Amerika Syarikat sebagai pencetus “pencerobohan” terhadap Iran.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan Presiden UNSC Carolyn Rodrigues-Birkett, Araghchi menggesa Majlis itu menunaikan tanggungjawabnya dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, menurut agensi berita rasmi IRNA.

Dia menuduh Israel sengaja menyasarkan bangunan kediaman, orang awam, dan infrastruktur awam, menyifatkan serangan itu sebagai “pelanggaran nyata” Piagam PBB dan “pelanggaran terang-terangan” undang-undang antarabangsa.

Araghchi berkata Israel dan Amerika Syarikat juga telah menyasarkan kemudahan nuklear Iran — dilindungi oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) — dalam “pelanggaran berat terhadap Piagam PBB, Perjanjian Non-Proliferasi, serta instrumen dan resolusi IAEA.”

Menteri Luar Iran menekankan bahawa UNSC harus mempertanggungjawabkan “penyerang” dan bertindak untuk mencegah berulangnya “jenayah” itu.

Pada 13 Jun, Israel melancarkan serangan udara besar ke atas beberapa kawasan di Iran, termasuk tapak nuklear dan tentera, membunuh komander kanan, saintis nuklear, dan ramai orang awam. Iran bertindak balas dengan pelbagai gelombang peluru berpandu dan serangan dron ke atas Israel.

Pada 22 Jun, tentera AS mengebom tiga kemudahan nuklear Iran. Sebagai tindakan balas, Iran menyerang Pangkalan Udara Al Udeid AS di Qatar.

Selepas 12 hari pertempuran, gencatan senjata antara Iran dan Israel dicapai pada hari Selasa.