KEMAMAN – Pusat peranginan ‘Strawberry Park Resort’ yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu dengan harga RM27 juta dekat sini, terbiar dan tidak diambil peduli sehingga menjadi belukar.


Bernama pada 10 Julai, 2010 turut melaporkan, Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun 2011 sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan pusat peranginan itu di Teluk Senajang selesai.
Namun demikian, rancangan untuk menukarkan resort tersebut tidak jadi dan Menteri Nesar masakini Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman belum menyatakan apa-apa rancangan terhadap resort itu.
Premis yang sebenarnya telah dibeli sejak November 2009 itu telah menjadi ‘liabiliti’ dan pembaziran kepada wang rakyat yang berjumlah puluhan juta ringgit, selama lima tahun


Beliau yang ditanya tentang tugasannya berkata, syarikat Epic menghantar petugas untuk menjaga resort tersebut selama 24 jam.
Ia bermakna selain menanggung kerugian kerana ‘pelaburan yang sia-sia’ kerajaan negeri melalui anak syarikatnya terpaksa menanggung ‘biawak hidup’ dengan membayar gaji pekerja tanpa produktiviti.
ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat secara berseloroh, apabila ditanya tentang pusat peranginan terbiar itu berkata, ‘ia sudah berhantu’.
Namun begitu, apabila ditanya kepada polis bantuan yang menjaganya disitu, adakah apa-apa yang pelik dan menganggu beliau semasa menjalankan tugas, beliau menjawab ‘tidak ada’.


Pernahkah anda semua melihat wang kertas sebanyak RM1 juta ringgit? Bagaimana pula banyaknya wang berjumlah RM27 juta?
Sebuah Rumah (Pangsa) Mesra Rakyat Taman Batin Perdana umpama yang di bina di dalam DUN Seberang Takir, berkeluasan 750 kaki persegi mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, bernilai RM77,000 sebuah.
Bermakna dengan wang RM27 juta, sebanyak 350.65 buah rumah sedemikian dapat dibina dan diagihkan kepada 350 buah keluarga miskin secara percuma.


Sebuah Balai Bomba seperti yang dibina di kampung Paya Besar Hulu Terengganu siap dengan kos RM 2.8 juta.
Sekiranya wang membeli resort itu masih ada, sebanyak hampir 10 buah balai bomba dapat di bina dan dapat menyelamatkan pula kerugian ratusan juta akibat kebakaran.




























