Beliau yang berasal dari Kampung Matang, dekat sini berkata, mula melarikan diri dari Umno-BN sejak tahun 1997 dan telah tiga kali pilihanraya memberikan undinya kepada PAS.
Walaupun menurutnya, hanya sekali PAS menang pada tahun 1999 dan kalah dua kali pada tahun 2004 dan 2008, namun beliau tidak akan tetap bersama PAS kerana sudah tidak setuju dengan Umno-BN yang sering melalukan penyelewengan.
“saya tak lari dah daripada PAS ni pada adatnya, sebab saya dah tak setuju dah dengan dia (Umno-BN), dia (Umno-BN) ni begini, kalau dia beri kita RM10, masuk dalam kocek dia RM20,
“(itu) yang saya kaji lah, orang lain saya tak tahu…… masuk pitih ke kita (rakyat) RM100, dia (Umno-BN) baham RM200,”katanya menjelaskan perihal perilaku perangai pemimpin Umno.
Haji Jusoh berkata demikian ketika ditemubual dalam majlis ringkas penyerahan borang keahliannya menjadi ahli PAS kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid pada Rabu 28 November. [Lihat dan Dengar rakaman Video]
Beliau mendakwa hubungannya amat rapat dengan bekas-bekas wakil rakyat Umno-BN, namun beliau tidak akan menyokong mereka walaupun mereka sekali lagi menjadi calon dalam pilihanraya umum akan datang.
Menurutnya, beliau yakin dengan PAS dan hatinya sudah ‘bulat’ dan bersedia menjadi ahli setia PAS sehingga akhir hayatnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Urusan Ulamak PAS Hulu Terengganu, Ustaz Jusoh Othman.



























