Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata pengeboman Israel di Gaza telah menyekat usaha-usaha untuk pemulihan hubungan antara Turki dan rejim tersebut yang tegang ekoran serangan oleh komando Israel ke atas kapal Turki pada tahun 2010.


“Selagi ini tidak dilakukan, ia tidak mungkin bahawa normalisasi hubungan antara Turki dan Israel menjadi kenyataan,” katanya, menyeru gencatan senjata dilaksanakan.
Turki pernah menjadi sekutu terdekat serantau Israel, tetapi hubungan telah menjadi buruk pada tahun-tahun kebelakangan ini.


Erdogan juga telah “menyatakan simpati dan kebimbangan” dalam panggilan telefon pada hari Jumaat dengan Pihak Berkuasa Palestin, Presiden Mahmoud Abbas , dan kedua-dua mereka dijangka akan bertemu di Turki minggu depan.
Turki turut telah menyatakan kesediaan untuk menghantar bantuan perubatan dan makanan segera ke Gaza dan persiapan telah dibuat bagi penyampaian bantuan itu.
Sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin, kebanyakan mereka orang awam, telah terbunuh dalam serangan rejim zionis ke atas Gaza setakat ini.


Pada awal tahun ini Erdogan membayangkan bahawa kedua-dua pihak telah hamper kepada perjanjian daripada, tetapi kemajuan telah terjejas apabila mahkamah Turki membuat keputusan pada bulan Mei mengarahkan penangkapan empat komander tentera Israel berhubung dengan pembunuhan terbabit. – worldbulletin





























