Jam Tiga Pagi Di Tanah Perkuburan Syed Yahya………

1470

Oleh : NM

DUNGUN – Sewaktu sedang mempengerusikan satu mesyuarat, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly telah dimaklumkan tentang satu kemalangan yang berlaku kepada seorang pemuda.

Walaupun pada ketika itu, jam menunjukan 12:20 pagi, awal pagi Jumaat 11 Julai, beliau tanpa berlengah, terus menuju ke rumah mayat Hospital Dungun.

Seorang pemuda dari Kampung Nibong Stesen, telah meninggal dunia serta merta selepas terlibat dengan satu kemalangan di Kampungg Batu Tiong tidak jauh dari Bandar Dungun.

IMG-20140711-WA0019Mangsa tersebut, Mohd Nasri bin Yahya, 37, telah bertembung dengan sebuah motosikal lain, manakala penunggang motor bertentangan mengalami cedera parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganu.

Setelah jenazah dikafankan, Ustaz Wan Hassan mengimamkan solat Jenazah Allahyarham Mohd Nasri.

Kemudian, tidak berhenti disitu, beliau menyelesaikan urusan pengkebumian jenazah yang semadikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya.

Pada jam 3 pagi, ketika orang lain sedang tidur dan ‘diulit’ mimpi, Ustaz Wan Hassan menyelesaikan bacaan dan doa untuk arwah ditanah perkuburan.

“Semoga perjalanan hidup dan perjalanan terakhir Allahyarham ke alam barzakh diberikan kelapangan dan kemudahan sebaik mungkin oleh Allah,

“kita berharap, sanak saudara, rakan taulan dan seluruh petugas, agar amalan arwah semasa hidupnya diterima Allah dan roh beliau dicucurinya rahmat serta keampunan,”ujarnya yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun.