Oleh : Solahuddin Al-Idrus
Sewaktu era sebelum Hijrah dan selepasnya, qasidah serta bait-bait syair menjadi antara medium utama kepada masyarakat dalam membangkitkan semangat patriotik negeri mahupun terhadap kumpulan atau kabilah masing-masing.
Kerana itu, pendeklamasi syair ataupun pengalun qasidah menjadi rebutan dan kebanggaan antara sesetengah kumpulan.
Bait-bait syair yang diperdengarkan mampu menyampaikan sesuatu maklumat penting sekaligus menyemarakkan semangat untuk terus bangkit mempertahankan kepentingan kumpulan yang diwakilinya.
Islam datang di tengah-tengah massa tersebut dan meneruskannya dengan penambahbaikan melalui penggunaan ayat-ayat wahyu beruslubkan perkhabaran gembira iaitu balasan syurga dan juga inzar iaitu peringatan dengan azab siksa bagi yang ingkar.
Maka jadilah bait-bait daripada penyair muslim sebuah syair yang tidak terkalahkan terutamanya apabila disandarkan kepada ayat-ayat dari kitab wahyu, al-Quran.
Zaman terus berlalu dari generasi ke generasi. Massa juga turut berubah dengan pesat dari satu era ke era yang seterusnya sehinggalah sampai ke hari kita sekarang ini.


Pihak musuh Islam yang didalangi Yahudi-Zionis bersama sekutu ahzabnya saban tahun bahkan ratusan tahun telah menggunakan kaedah ini untuk menyerang kesatuan Islam dan gerakannya.
Dan ia dari hari ke hari telah diperbaharui mengikut perkembangan teknologi zaman.
Dengan medium ini, minda pemikiran masyarakat dapat dibentuk, lihat saja mutakhir ini bagaimana pemikiran awam sudah ditanam racun untuk memerangi keganasan.
Bermula dari ciptaan peristiwa serangan terhadap Word Trade Center dan pusat pentadbiran Pentagon di Amerika, kempen-kempen anti keganasan di seluruh dunia, pelbagai aplikasi internet yang melalaikan, rancangan-rancangan hiburan melampau adab agama di peti televisyen, pelbagai kempen kesihatan oleh organisasi kesihatan dunia WHO, sehinggalah kepada rancangan licik mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil bernawaitu memecahkan kesatuan gerakan pejuang dalam kalangan umat Islam.
Mangsa utama mereka adalah Islam dan semua itu menggunakan medium massa yang berkait rapat dengan kewartawanan.
Justeru, wujudnya pihak atau pengamal media yang menjadi sukarelawan dalam gerakan Islam merupakan satu kewajipan.
Ia menjadi kewajipan fardhu kifayah bagi sesebuah gerakan Islam, dan menjadi fardu ain kepada individu yang berkebolehan untuk infakkan diri serta kebolehan tersebut demi perjuangan Islam.
Atas kesedaran tersebut, kami daripada kumpulan pengamal media dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bersama Jabatan Penerangan PAS Terengganu merasa terpanggil untuk mengadakan Kursus Asas Fotografi dan Kewatawan.
Dengan harapan, dapat melahirkan aktivis media dan jurnalis yang bersedia berkhidmat demi sebuah kebangkitan Islam dalam negeri Darul Iman yang kita cintai ini.
***Solahuddin Al-Idrus ialah Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang juga Pengarah Kursus Fotografi dan Kewartawanan Media, yang akan diadakan pada 8hb Oktober, 2016






























