Festival Kesenian Islam Dar; Aktiviti Ko-Kurikulum Seni Madrasah PAS

2859

KUALA TERENGGANU – Tema Festival Kesenian Islam Dar Negeri Terengganu pada pada tahun ini, temanya lebih kepada perjuangan.

Sebab itu, kata Pengarah Festival Ustaz Wan Faizul Abas ada penyertaan nasyid yang ditolak kerana satu ‘lagunya’ tidak menepati tema tersebut.

Beliau berkata, Festival yang diadakan di markaz Tarbiah Kuala Ibai pada Sabtu 9 Mei itu adalah acara tahunan bertujuan menyemarakkan hiburan alternative kepada masyarakat.

https://youtu.be/T5PYxJH86J4

“Festval Kesenian Dar ini……. dia (adalah) aktiviti dwi-tahunan dan memang objektif umumnya, kita (mahu) semarakkan hiburan alternatif Islam kepada masyarakat,

“khususnya (kepada) warga Dar-dar (madrasah @ Sekolah-sekolah Rendah Islam) seluruh Terengganu,”jelasnya.

Bahkan, menurut beliau, melalui penganjuran Festival tersebut dapat menunjukkan kepada masyarakat, bahawa sekolah-sekolah yang diselaraskan dibawah Dewan Ulamak PAS itu, ‘tidak jumud’.

20150509_121441 (2)“(ia) bukan setakat institusi pendidikan Islam yang belajar agama sahaja tanpa ada aktiviti kokuriklum khususnya berkenaan kesenian itu sendiri.

“Kita nak tunjukkan inilah antara kesyumulan Islam (yang) mempunyai aspek hiburan juga tapi mempunyai batas-batas syarak yang telah ditetapkan,”tegas beliau yang juga Mudir Madrasah Daru Salam, Losong.

Katanya, tujuh buah sekolah-sekolah rendah (madrasah) dari seluruh negeri menyertai Festival Kesenian itu, iaitu Darul Ehsan, Darus Salam, Darut Taqwa Batu Enam, Darut Taqwa Kemaman, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRABSZA) Darul Bayan dan Darul Iman.

Manakala, beliau berkata, acara-acara yang dipertandingkan adalah tilawah, hafazan, azan subuh, azan biasa, pentomen, bercerita, nasyid, pidato Bahasa Arab dan bahasa melayu serta khutbah.

Menyentuh tentang persiapan dan penganjuran Festival berkenaan, mantan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu itu bersetuju, agar ianya dijadikan satu acara yang lebih besar dan menarik lebih ramai penonton.

“Ini berdasar kepada kemampuan tuan rumah, oleh kerana kami ini madrasah Darus Salam yang menjadi tuan rumah………kalau (dibaut) di sekolah lagilah sempit. (Penganjurannya) berdasarkan prasarana parti yang ada sekarang ini, maka kita gunakan markah tarbiyah ini,

“Saya kira pentas sebesar itu sudah cukup untuk program di peringkat Dar disini (tapi) mungkin lain kali kita akan tengok prasarana khusus untuk ini (penganjuran lebih besar),”kata beliau.