Hari ini program kami di Kathmandu. Selepas sarapan kami mengadakan mesyuarat ringkas dengan Ngo Khidmat dari Pakistan. Kami bersetuju bahawa Ngo Islami Sangh Nepal (ISN) perlu di bantu untuk dioerkenalkan di seluruh Nepal untuk matlamat jangka panjang Dakwah di Nepal.
2) Kami juga maklum akan kekangan yang di hadapi oleh ISN samada kewangan, peralatan, sumber manusia dan lain lain lagi. Ngo Ngo luar terutamanya dari IFRD perlu bantu ISN.
4) Kami di temani oleh saudara Mohd Hasyim, seorang sukarelawan yang baru pulang ke Nepal hanya beberapa hari lepas dari England selepas belajar dan bekerja di sana selama 4 tahun. Sdr Mohd Hasyim berasal dari keluarga Hindu dan kembali kepada Islam semasa berada di England.
5) Sebaik sampai di tempat yang diarahkan oleh ISN, kami terkejut kerana kawasan perkhemahan mangsa gempa bumi ini terletak di padang dalam kawasan pejabat Timbalan Presiden Nepal dan Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Nepal.
6) Terdapat 20 keluarga di sini dengan 150 orang mangsa gempa bumi yang rumah mereka runtuh dan rosak teruk di kawasan Thamel.
7) Menurut seorang mangsa, Mr Pappu Tajamang, 45 tahun, seorang peniaga dan Mr Subarna, 40 tahun, seorang kakitangan awam Nepal, mereka tinggal di khemah yang disediakan oleh kerajaan Nepal di sini dan mereka dibenarkan tinggal di khemah ini selama yang mereka suka. Tiada had masa tertentu.
8) Kami telah dimaklumkan oleh Mr Buddhi Badar Khadka, pegawai dari kementerian Buruh, Nepal yang bertanggongjawab dengan mangsa gempa di sini bahawa sekarang telah masuk musim hujan di Nepal dan mangsa sangat memerlukan Khemah yang sesuai dan boleh memberi perlindungan kepada keluarga mereka.
9) Kami telah ditunjukkan khemah yang.dimaksudkan yang boleh memuatkan 5 @ 6 orang dalam satu masa. Harga khemah itu sekitar RM250 – RM300 sahaja. Kami menyatakan persetujuan untuk berusaha mendapatkan bantuan khemah itu secepat mungkin.
10) Selepas selesai khidmat di situ kami telah melalui kawasan perlancungan yang menempatkan kedai kedai menjual peralatan mendaki gunung everest dan barang barang cendermata. Kami hanya sempat singgah sekejap saja kerana kami ada 1 lagi temu janji dengan pihak HUDA.
11) Selepas makan tengahari di Restoran Parizza, sebelah hotel yang kami tinggal, kami telah di bawa oleh wakil ISN ke pejabat HUDA yang hanya terletak kira kira 350 meter dari pejabat ISN.
13) Kami telah di sambut oleh Mr Arif Hussin, Setiausaha Agong ISN dan beberapa orang pelatih muslimat di HUDA.
14) Kami telah diberi penerangan oleh Pengerusi HUDA, Mr Irfan Pokharel tentang HUDA. HUDA ialah singkatan dari Human Development Academy. Objektif penubuhan HUDA ialah untuk :
i. Pusat untuk fokus kepada mereka yang baru kembali kepada Islam.
ii. Menyediakan rumah perlindungan kepada Saudara baru yang tiada tempat tinggal kerana di usir oleh keluarga asal.
iii. Memberi latihan kemahiran asas kepada pelatih supaya mereka dapat berdikari.
iv. Memberi pengajaran tentang Islam.
15) Menurut Mr Irfan, di sini kami tidak memanggil saudara baru sebagai orang yang “Convert” ( tukar agama) sebaliknya kami menggunakan perkataan “Revert” ( kembali) kerana agama fitrah semua manusia ialah Islam. Kerana itu orang yang memeluk islam sebenarnya mereka kembali semula kepada Islam bukan menukar agama kepada Islam. Mr Irfan sendiri adalah seorang yang berasal dari agama Hindu dan akhirnya telah kembali kepada Islam dan mengetuai organisasi HUDA. Beliau bersama anak lelaki dan anak perempuan beliau sekarang sedang berkhidmat dengan HUDA dan ISN.
17) Kami juga telah menemuramah seorang pelatih di HUDA iaitu Saudari Fatimah, 20 tahun yang berasal dari agama Hindu. Menitis air mata kami apabila beliau menceritakan bahawa keluarga beliau telah memutuskan semua hubungan dengan beliau dan tidak mahu lagi menerima beliau setelah beliau kembali kepada Islam. ” saya sekarang keseorangan, saya tiada lagi keluarga. Saya hanya ada saudara saudari dalam Islam bersama HUDA”
18) Cg Husin telah nyatakan hasrat PDS Malaysia kepada Presiden ISN untuk membawa Fatimah dan seorang lagi ke PDS Malaysia untuk melatih mereka sebagai Daie paling kurang 1 tahun.
19) Pada sebelah malam kami telah menghadiri mesyuarat yang di hoskan oleh ISN. Semua Ngo Ngo dari Pakistan, India, Malaysia, Turki dan UK hadir.
20) Keputusan yang di ambil antaranya ialah membantu ISN terutama dalam memperkasakan imej dakwah dan kebajikan di Nepal, mengekalkan program khidmat perubatan terutama di kawasan pendalaman ( remote area ), membantu dalam mempertingkatkan prasarana ISN seperti kenderaan, peralatan, kepejabatan dll, serta memperkasakan team building melalui kursus intensif yang akan di bantu oleh Ngo Ngo luar.
21) Terharu dan teruja serta semangat melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ngo Ngo luar untuk membantu dakwah di Nepal.
22) Muslim di Nepal hanya 1.16 juta orang @ 4.5% sahaja. Kami telah dimaklumkan oleh Ngo dari Pakistan yang masyarakat hindu yang mereka santuni di Bakhtafur menyatakan bahawa yang membantu mereka hanyalah pihak ISN. ALHAMDULILLAHHH !!
Sekian catatan hari ke 5.
Wan Sukairi Wan Abdullah,
Hotel Holiday Taj, Kathmandu.
10 Mei 2015