FAM Mengarut, Tapi Mengapa Ahmad Said Takut?

1313

Campur tangan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said belum menampakkan perubahan besar dalam prestasi da kedudukan kedua-dua pasukan, Terengganu FA dan T-Team.

Tekanan-tekanan Ahmad Said sudah bertukar menjadi ‘ugutan’ dan kelantangan Ahmad Said mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membawa ke mana-mana.

Pada 10 April lalu, Ahmad Said ‘mengugut’ untuk membubarkan T-Team sekiranya paukan tersebut tidak menyerlah dalam liga musim ini.

“Kerajaan negeri mengharapkan skuad T-Team dapat meningkatkan mutu permainan mereka bagi menggelakkan daripada turun ke Liga Perdana, musim depan.

images“Sekiranya perkara itu berlaku kerajaan negeri tidak ada pilihan selain menggugurkan pasukan T-Team daripada beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M),” ujarnya ketika selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kontijen Pendaki Gunung Everest.

Esok 18 April adalah perlawanan T-Team dengan JDT, yang pastinya mengembalikan kenangan peristiwa yang berlaku dalam ‘terowong’ di stadium Larkin pada 1 Februari lalu.

Kontroversi datang dari campur tangan Ahmad tidak mengurangkan mata yang diberikan FAM kepada JDT akibat pasukan T-Team yang keluar padang, sebelum menghabiskan perlawanan.

Tekanan Ahmad yang membawa kepada majlis bersumpah juga sehingga kini, tidak mendatangkan apa-apa manfaat, malah dilihat memalukan dirinya sendiri serta seluruh pasukan T-Team.

Ahmad terus mengungkit-ungkit, kerajaan negeri sudah berbelanja jutaan ringgit untuk menguruskan dua pasukan, iaitu T-Team dan Terengganu dan mahu melihat kedua-dua pasukan itu menunjukkan permainan terbaik mereka.

“Kita harap T-Team dapat bangkit dan menggelakkan daripada turun beraksi dalam Liga Perdana. Jika tidak, tiada lagi kelibat pasukan T-Team dalam Liga M musim depan.

“Sebelum ini, kita telah beritahu sekiranya gagal dan tidak kekal divisyen sekarang, kita tidak teragak-agak untuk bubar pasukan ini kerana kerajaan negeri telah melabur banyak, tetapi tidak ada kejayaan yang dicapai mereka,” katanya.

angkat-sumpahNamun dalam perlawan antara PKNS FC dengan Terengganu pada Selasa 15 April menyaksikan, pasukan Terengganu hanya berkonsi mata, walau pun setelah mendahului 2 gol pada separuh masa.

Kritik ‘tumbuh’ dan terus subur, disuarakan peminat Terengganu yang menyimpulkan, pasukan Terengganu mudah ‘hilang kawalan’ apabila telah mendahului lawan.

Pasukan Terengganu yang tampil untuk misi penting bagi terus mencabar pasukan teratas liga tidak Berjaya memanjat tangga menjadi kelompok tiga terbaik diatas dalam carta liga super.

Pasukan dinaungi TMJ, yang dipersalahkan ramai dalam media sosial, JDT masih diatas satu tangga mendahului Terengganu.

Setelah memecah kebuntuan pada minit ke 22 melalui Azlan Zainal dan Mario Kalovic merobek gawang PKNS pada minit ke 43, namun pasukan Terengganu hanya mampu seri 2 – 2 , pada hari tamatnya Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) Dewan Undangan Negeri Terengganu yang berlangsung pada 13 hingga 15 April.

Misteri kejadian dalam terowong di stadium Larkin masih belum terjawab kerana soalan yang dikemukan wakil rakyat Tepoh Hishamuddin Abdul Karim tidak dijawab dalam sidang DUN tersebut!

Berapa kuat pun ‘ngauman’ Ahmad Said menghamburkan kata-kata pedas kepada FAM, tidak pun menggugat badan induk bola sepak Negara itu.

liga superAda yang berpendapat, hanya sekiranya Ahmad Said menganggotai Jawatankuasa FAM, barulah mungkin dapat mengubah FAM.

Sebaliknya, Ahmad Said hanya berminat untuk mengkritik FAM dari luar dengan perkataan ‘mengarut’ dan menuduh tindakan FAM ‘tak masuk akal’.

Beliau berkata demikian susulan laporan oleh media semalam yang menyatakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang pertuduhan daripada pihak sekretariat FAM bagi membicarakan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang didakwa terbabit dalam kes pergaduhan di terowong.

Sambil mempertikaikan kredibiliti FAM, beliau sekali lagi menegaskan, mereka yang terlibat perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak sanggup menghadapi cabaran dan berlaku adil kepada semua pihak.

“Dalam Jawatankuasa FAM siapa yang (sepatutnya) buat pertuduhan? Kalau tak buat pertuduhan, macam mana pula? Siasat tetapi tiba-tiba kata tiada pertuduhan. Baru-baru ini kata sudah buat perbicaraan dan PBNJ dikenakan denda RM30,000.

“Tetapi sekarang kata tiada pertuduhan pula. Apa (yang mereka) cakap mengarut ni? Dulu kata tiada masalah keselamatan tetapi didenda atas sebab keselamatan. Sebab itu saya katakan, takkan T-Team sengaja nak tarik diri?

“Sedangkan pemain risaukan keselamatan mereka. Polis yang bawa kita (pegawai dan pemain) dan iring hingga ke Mersing. Malah pemain T-Team diminta untuk tukar baju. Kenapa sekarang tiba-tiba tiada pertuduhan pula kepada yang terlibat?,” katanya yang berang dengan perkembangan terbaru insiden terowong melibatkan pasukan T-Team dan JDT itu.

Sambil menegaskan bola sepak adalah milik rakyat, Ahmad berkata, FAM langsung tidak boleh ditegur dan bimbang jika ia berterusan, mutu bola sepak di Malaysia akan terus merudum.

Namun begitu, mengapa Ahmad Said takut dan tidak berani menerima cabaran untuk bertanding dalam Jawatankuasa FAM!