Eidul Adha Terjemahkan Kesatuan Umat Islam Seluruh Dunia

1078

Hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim untuk mendirikan solat sunat Eidul Adha di kawasan lapang ditangguhkan setelah beliau mengambi kira pelbagai pandangan yang tidak menyokong, bagi sambutan Eidul Adha tahun ini.

HishamuddinOleh itu, beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus pada pagi 10 Zulhijjah, menunaikan solat sunat dan menyampaikan khutbah Eidul Adha di kampung sendiri, di Surau Al-Iman, KampungTanjung Gelam, dekat Mengabang Telipot.

ADUN Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim pula, berkhutbah dan menunaikan solat hari raya di surau al-Ikhwan di kampung Sekati.

Pada tarikh yang sama, kira-kira jam 7.30 pagi, ribuan umat Islam di Juba, ibu negara Sudan Selatan menyempurnakan ibadat solat sunat Eidul Adha di kawasan lapang tapak cadangan pembinaan berhampiran sekolah di kejiranan Kono-kono [Gambar atas].

ridzuan hashimTurut sama memulakan perayaan Eidul Adha dengan solat sunat di Koo-kono, Juba, Selata Sudan adalah para pegawai syarikat Petroliam Nasional (Petronas) yag bertugas mecari gali minyak di telaga berhampiran ibu negara Selatan Sudan itu.

Pagi Hari Raya ‘Haji’ di perantauan itu bertambah meriah dengan kehadiran peserta Misi Khidmat Komuniti dan Korban Yayasa Amal Malaysia.

Pertemuan singkat rakyat Malaysia di Sudan Selatan menterjemahkan lagi kesatuan umat Islam di seluruh dunia yang menyambut hari perayaan sempena peringatan kisah pegorbanan keluarga nabi dan rasul Allah, Ibrahim Alaihi salam.

Hanafiah

Sebaik usai mengerjakan solat sunat, umat Islam di seluruh dunia megerjaka ibadah korban, samada menyembelih lembu atau kambing yang dagingya diagih-agihkan, terutamanya kepada golongan miskin dan yag tidak berkemampuan.

Di Chukai, Teregganu, ADUN Chukai Hji Hanafiah Mat bersama seluruh warga PAS DUN Chukai telah menyembelih 83 ekor lembu.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abadul Hadi Awang turut menyembelih beberapa ekor lembu utuk ibadah korban di sekitar parlimen Marang, manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menyembelih haiwan ternakan di perkaraga Ma’ahad Tahfi Wal Tarbiyah Darul Iman, Tok Jiring.

“83 ekor lembu saja yang sempat dikorbankan di tiga belas unit peti undi (daerah mengundi DUN Chukai pada hari pertama Eidul Adha,”ujar Hanafiah ketika dihubungi.