Oleh : Naraza Muda
Warga Felda sebahagian besarnya masih belum memahami apa TPPA. Mana mungkin untuk mereka menjangkakan apakah kesan baik dan buruk pelaksanaan TPPA terhadap mereka dan Felda serta industri berkaitan sawit di Malaysia.
Ramai peneroka Felda dari seluruh negara hadir bantah TPPA baru-baru ini di Padang Merbok Kuala Lumpur. Mereka disedarkan dengan gerakkan yang dibuat untuk mereka keluar bantah TPPA bersama ribuan rakyat Malaysia tentang penjajahan alaf baharu oleh kuasa besar dunia.
Saya mengucapkan terima kasih kehadiran peneroka Felda ini. Satu petanda baik kesedaran peneroka Felda dan anak generasi mereka. Ramai warga Felda sudah mulai merasa kesan beberapa tindakan-tindakan yang diambil kerajaan sebelum ini menyusahkan dan merugikan mereka.


Isu FGV sangat meninggalkan kesan kepada warga Felda apabila Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah disingkirkan dari Felda Holdings Berhad (FHB). Sebelum penyenaraian FGV, KPF mempunyai pegangan ekuiti saham 51 peratus dalam FHB dan menyumbang pendapatan utama kepada koperasi terbaik di Malaysia.
Koperasi ini disertai oleh hampir semua 112,635 peneroka dan kakitangan Felda telah menjadi satu kebanggan warga Felda apabila ianya berjaya meletakan KPF di antara koperasi yang mampu membayar dividen dan bonus sehingga 17 peratus kepada pelaburnya.
Aset KPF juga mencecah berbilion ringgit sebelum melupuskan pegangan sahamnya di dalam FHB. Kini KPF perlu mencari peluang perniagaan lain bagi terus memberi keuntungan kepada pelaburnya.
Felda juga hilang pendapatan tahunan RM1.2 hingga RM1.8 billion setiap tahun apabila ladang sawit seluas 360,000 Hektar yang diuruskan anak syarikatnya, Felda Plantation diambil alih oleh FGV dengan timbal balas yang tidak menguntungkan Felda.


PAS sebelum ini telah mengerakkan usaha menyedarkan peneroka Felda agar membantah penyenaraian ini. Hanya sebahagian peneroka Felda dan generasi kedua menyertai dan punyai kesedaran risiko penyenaraian ini.
Kini apabila isu TPPA tiba-tiba mendarat di Malaysia, warga Felda sekali lagi terkejut dan merasa resah apakah isu ini akan memberi kesan langsung kepada mereka. Kali ini kelompak mereka yang bimbang ini sangat besar.
Justeru itu saya merayu, agensi, pertubuhan bukan kerajaan NGO dan orang persorangan yang mempunyai kepakaran yang mendalam tentang TPPA ini untuk duduk bersama berdiskusi bagi merumuskan secara mendalam tentang kesan kepada peneroka dan FELDA .
PAS melalui Unit Hal Ehwal Felda bersedia menganjurkan dan menjadi tuan rumah untuk memastikan majlis ini dapat dilaksanakan segera. Pas sudah mengerakkan Demo bantahan TPPA ini dan sangat molek isu ini diperhalusi dari segi maklumat berdasarkan kajian serta fakta-fakta ilmiah supaya dapat kita sampaikan kepada 2.5 juta warga Felda seluruh negara.


PRK Rompin menjadi medan isu FGV, Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dan tekanan hidup kesan GST, memaksa Perdana Menteri menurunkan harga PGBF dari RM125,000 kepada RM90,000 sehari sebulum hari pengundian, maka TPPA ini akan menjadi mata rantai penyiksaan kehidupan terhadap rakyat khasnya peneroka Felda yang selama ini memberi kemenangan besar 54 kerusi parlimen kepada Barisan Nasional.
PRU14 akan datang pastinya akan mengubah keseluruh lanskap politik tanah air apabila pengundi di 54 parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri yang mempunyai Felda dibarisi pengundi muda bermaklumat dan tahap kesedaran sangat tinggi.
Kita perlu kehadapan dengan cara segar dan baharu menyampaikan maklumat ini. Meraikan Peneroka Felda yang telah menunjukan keberanaian hadir di Padang Merbok membantah TPPA sewajarnya diskrusi ini sewajarnya dilaksanakan.
***Naraza Muda ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat/ Timbalan Presiden GENERASI
• 24 January 2016 •




























