Din Adam akan dilantik Menjadi Menteri !

765

malahan untuk membiaya anak-anak ke sekolah mengharap ’Ehsan’ dari kerajaan.

Kemudian, apabila wanita Umno itu terus begiat dan sedikit cergas, beliau pun dilantik menjadi anggota wanita Umno di peringkat Bahagian.

Maka, pada suatu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertannya kepada suaminya,”Abang hari ini nak makan di mana?”, menunjukkan status sosialnya yang sudah sedikit meningkat.

Mungkin kerana menjadi anggota wanita Bahagian, maka pendapatannya bertambah, dicampur sedikit peluang untuk mendapat ’indent’ atau kerja-kerja pembekalan makanan ataupun apa-apa jua bisnes yang biasanya semakain ’terbuka luas’ peluangnya.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/09/grn10pecah.gif

Dengan sedikit ’pangkat dan wang’ yang ada, maka wanita Umno itu pun bergerak cergas, terus mengintai-intai peluang bagi mendapatkan status yang lebih tinggi dalam politik. Dan akhirnya dengan sokongan kepada tokoh tertentu, beliau dipilih menjadi anggota wanita Umno peringkat negeri.

Saat itu, wanita Umno itu turut mengenali dan dikenali oleh ’tokoh-tokoh’ di peringkat Pusat, bagi melobi dan dilobi sekiranya Perhimpunan Agong Umno menjelang tiba.

Maka, suatu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertanya kepada suaminya,”Abang, hari ini kita nak makan siapa?”……..

Tak tahu dari mana asal-usulnya cerita ini, tapi ada kebenaran pada hakikatnya.

Jika dikaitkan dengan perkembangan terbaru, politik Umno Terengganu, sikap ini juga berlaku dikalangan ahli-ahli Umno lelaki.

Kalau dahulunya Dato’ Din Adam taat kepada bekas ketuanya, Dato’ Seri Idris Jusoh, bersekongkol dengan ’10 budak hitam’, mengambil tindakan dan ’memakan’ orang-orang Dato’ Ahmad Said, maka sekarang dia beralih ’tuan’.

Baca seterusnya>>