Dewan Ulama’ Pula Gesa Ahmad Said Tarik Balik Tuduhannya

679

Dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, dekat sini, hari ini Khamis 16 Februari, beliau mlontarkan persoalan, siapakah yang melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan mengikut al-Quran?

“PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah disisi undang-undnag Negara. Dasarnya ialah Islam dan hokum tertingginya adalah al-Quran dan As-Sunnh, Ijma’ dan Qias.

“Matlamat PAS melaksanakan hukum Allah SWT, hukum Syariat dan bertindak melalui kaedah Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar,” ujarnya yang menambah, Dewan Ulama’ PAS Terengganu memandang serius tuduhan tersebut yang dikeluarkan oleh Ahmad Said yang juga Menteri Besar negeri ini.

Sambil membuat perbandingan, beliau berkata, PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan dimanakah ajaran sesat yang dirancang serta dilaksanakan di negeri tersebut.

Di negeri Terengganu pula, menurutnya, kerajaan PAS Terengganu pernah memperuntukan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qisan serta meluluskan Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir dan telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Sultan Terengganu

Ustaz Husin turut menjelaskan, kategori ajaran sesat mengikut agama Islam adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 36 yang bermaksud;

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan. Apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidak harus bagi mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat hukum ajaran Allah dan RasulNya. Maka, sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas dan nyata,”

Oleh itu, Ustaz Husin yang juga Ahli Jawtankuasa Dewan Ulama’ PAS Pusat menggesa pemimpin nombor satu Umno-BN Terengganu menarik balik tuduhan serta memohon maaf kepada rakyat secara terbuka.

“Dewan Ulama’ PAS Terengganu menganggap ucapan Menteri Besar itu adalah ucapan seorang yang terdesak dan tidak waras serta merupakan suatu provokasi. Ianya (tuduhan) hendaklah ditarik balik dan memohon maaf kepada rakyat secara terbuka,” tegasnya.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Ismail Othman, Pengarah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Setiausaha Kerja Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abdullah Suhaimi.