Dewan Serbaguna dan Masjid Rosak; KETENGAH dan Agensi Kerajaan DiGesa Bertindak

1759
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/dewan%20serbaguna%20Rantau%20Panjang.jpg

Presiden WARIS, Ustaz Haji Roslan Ismail berkata, dua buah bangunan yang dikenalpasti pihaknya telah rosak dan terbiar tanpa pengawasan sejak lebih enam bulan lalu.

Menurutnya, tiada tindakan pembaikian ke atas sebuah dewan orang ramai (serbaguna) di Kampung Tersusun Rantau Panjang [Gambar Kanan] yang telah runtuh atapnya dan sebuah masjid di Kampung Pinang Wa yang mengalami kebocoran teruk.

“Saya telah pergi ke satu kampong Rantau Panjang  dan saya dapat melihat sebuah bangunan yang terbiar tanpa pengawasan dan sangat membahayakan kepada penduduk,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/IMG_0844.jpg“Dewan serbaguna ini telah runtuh atapnya dan terbiar, kita yakin pihak KETENGAH (dan) pihak kerajaan negeri perlu membuat sesuatu untuk membaiki atau membuang saki baki (bangunan runtuh) ini kalau bangunan ini tidak berguna (lagi),”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat WARIS Malaysia di Tasik Kenyir pada Selasa 4 September.[Gambar Kiri]

Menurutnya, bangunan rosak itu member pemandangan yang tidak baik kerana lokasi tersebut menjadi laluan pengunjung dan pelancong ke Homestay Pasir Raja serta Air Terjun Cemerung.

“ini akan memburukkan pemandangan dan pastinya (membuatkan) orang tertanya-tanya kenapa dibiarkan bangunan sebegitu rupa ‘begitu buruk’ sehingga mencacatkan pandangan,”jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/masjid%20kg%20pinang%20wa1.jpgSementara itu, katanya, masjid Kampung Pinang Wa baru siap dibina sekitar tiga atau empat tahun yang lalu tidak dapat digunakan sebahagian besar dewan solatnya kerana mengalami masalah kebocoran.

Beliau berkata, kesan bocor itu telah menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada bahagian dalam masjid [Gambar Bawah] dan melibatkan kos yang besar bagi mengganti permaidani yang rosak.

“sewajarnya pihak yang berkenaan memberikan perhatian yang serius, masjid adalah institusi agama yang penting dan ‘terpandang’,

“Terengganu sebuah negeri yang ‘mencanangkan’ (gelaran) Darul Iman, tiba-tiba sebuah masjid (yang rosak dibiarkan) tidak boleh dibaiki,”tegasnya.

Justeru WARIS mendesak pihak Jabatan Agama dan Pejabat Daerah Dungun mengambil tindakan segera menangani masalah tersebut.

***Lihat dan Dengar Video Sidang Media WARIS di Buletinonline Channel