‘Talam Dua muka’ Kerajaan Umno-BN Dalam Isu Royalti Petroleum Antara Semenanjung Dan Malaysia Timur

1246
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/royalti%20double%20standard.jpg

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut menegaskan tindakan kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menentukan Bayaran Tunai Hasil Petroleum bagi Semenanjung adalah bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum tahun 1974.

Beliau kesal menurutnya tindakan Jawatankuaa Khas tersebut hanya dikenakan kepada negeri di pantai Timur Semenanjung tetapi tidak kena kepada Sabah da Sarawak.

Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganumerujuk kepada catatan (hansard) parlimen berhubung dua jawapan berbeza yang diberikan oleh kerajaan terhadap persoalan royalti tersebut.

“Soalan YB Wiliam dari Lubok Antu, kerajaan jawab isu penubuhan Jawatankuasa Khas Bagi Menentukan Bayaran Tunai Hasil Petroleum tidak berbangkit di Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri telah menerima bayaran tunai mengikut terma perjanjian dibawah Akta kemajuan Petroleum 1974,

“maknanya yang seluruh negara ‘sign’ (tapi) Sabah (dan) Sarawak (kerajaan pusat) tak berani nak sentuh (tetapi) Tereengganu dan Kelantan….. apa jadi ….’double standard’ begitu sekali…..,”tegasnya.

Beliau membandingkan jawapan kerajaan pusat terhadapnya soalan yang beliau kemukakan dua hari sebelum soalan dikemukankan oleh wakil Lubok Antu.

“syatanya staus terkini tuntutan royalti petroleum setelah kerajaan Terengganu tarik balik saman terhadap Petronas, di (kerajaan pusat) jawab pada 4 Ogos 2012, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai hasil petroleum di Pantai Timur Semananjung termasuk Terengganu,

“maknanya nak suruh jawatankuaa ini menentukanpatut terima atau tidak (bayaran royalti) sedangkan perjanjian dah ada (sebelum ini),”katanya.

Beliau menegaskan, Terengganu dan Kelantan juga seperti Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dibawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 bahkan Petronas telah pun membayar royalti tersebut kepada Terengganu sebelum ini.