

Jika diamati kenyataan Timbalan Presiden dan Bendahari PAS itu, kedua-duanya jelas tidak menghalang Ahli Parlimen Taiping dari mengemukakan pandangan berhubung isu itu. PAS jelas mahu isu ini tidak dibincangkan secara terbuka dan mahu mengunakan saluran yang betul bagi mengelakkan persepsi negatif pihak-pihak yang berkepentingan seperti Umno yang gagal memberikan hujah dalam menjawab isu ini.
Tindakan Malaysiakini juga dilihat sama seperti Utusan Malaysia yang mengunakan tajuk kontraversi dalam isu ini bagi menimbulkan kemarahan pembaca. Utusan Malaysia mengunakan tajuk “Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid” dan secara spontan rakyat yang membaca tajuk itu boleh memberikan respon yang negatif.
Dalam isu ini, PAS jelas tidak menyalahkan Ahli Parlimen Taiping kerana membangkitkan isu peruntukan itu, tetapi mahu pendedahan itu dibuat dengan cara yang lebih baik agar pihak-pihak yang emosional dalam Umno dan NGO pro-Umno tidak melatah seperti hari dan menuduh beliau sebagai cuba mewujudkan ketegangan Agama.
Diharapkan agar pihak Malaysiakini dan media lain tidak menangguk diair keruh hingga sangup mengunakan cara yang tidak berhemah bagi menarik perhatian pembaca.
DPPWP mahu Malaysiakini mengubah atau menarik semula artikel berkenaan dengan segera dan menyatakan fakta yang betul supaya rakyat boleh memahami hasrat sebenar Ahli Parlimen Taiping dan pimpinan PAS.
Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan




























