Cuti Nak Cari Belanja Belajar, Berubah Menjadi Tragedi

2009

Oleh : Nasrun Abdullah

HULU TERENGGANU – Seorang anak yatim ditimpa kemalangan ketika sedang berjalan mahu mencari belanja sendiri untuk belajar di sebuah pondok.

IMG-20161123-WA0008Menjadi rutin biasa bagi Khairul Anwar Muhammad, 22 tahun yang belajar di Pondok Addiniah Langkap, Setiu untuk mengambil cuti bekerja bagi menampung kos beliau belajar.

Beliau yang kematian bapa pada tiga tahun lalu adalah anak bongsu daripada 10 orang adik beradik.

Ketika kejadian, beliau yang tinggal di Kg Baong, Kuala Berang, sedang dalam perjalanan mengambil upah memotong rumput di Kampung Basung.

Setibanya di Kampung Pasir Simpul, beliau yang menunggang motosikal terlibat kemalangan apabila sebuah kereta dari arah bertentangan, melencong dan terbabas.

Kejadian tersebut melibatkan sebuah kereta dan dua buah motosikal. Seorang lagi mangsa yang memboceng motosikal meninggal dunia.

Khairul yang kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (Icu) HSNZ akibat daripada kemalangan tersebut, mengalami kecederaan teruk iaitu patah tulang di dua tangan, peha dan pinggang serta masalah kerosakan pada pundi kencing.

IMG-20161123-WA0005Menurut Ketua kebajikan Pondok Darul Tauhid, Ustaz Ahmad Ridhuan, Khairul merupakan seorang pelajar pondok yang baik dan suka membuat khidmat dan sentiasa membuat giliran dengan abangnya untuk belajar dan bekerja.

“Yang menariknya Khairul dan abangnya membuat giliran untuk bekerja dan belajar. Ketika si abang belajar khairul pulang untuk bekerja mencari belanja untuk belajar disamping turut menjaga ibunya manakala ketika khairul belajar siabangnya pula melakukan kerja yang sama.

“Khairul juga selalu mencurahkan khidmat termasuklah di program-program anjuran Pondok Darul Tauhid. Justeru atas rasa prihatin dan tangungjawab pihak Lujnah Kebajikan Pondok Darul Tauhid terpanggil untuk melancarkan kutipan sumbangan kilat untuk membantu Khairul Anuar dan keluarga,”jelasnya.

Menurutnya, ia bagi meringankan beban kewangan yang mana dimaklumkan memerlukan belanja yang agak tinggi untuk menampung kos pembedahan memasukkan besi dipeha dan tangannya yang patah dan kos-kos ubatan dan rawatan susulan.

IMG-20161123-WA0006Oleh itu, katanya, bagi tujuan ini pihak Pondok Darul Tauhid bersetuju untuk mengunakan akaun kebajikan Pondok Darul Tauhid selama sebulan bemula 22 November 2016 sehingga 22 Disember 2016.

Katanya, sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun, Pondok Darul Tauhid 5630 3706 1076 (Maybank).

“Sebarang sumbangan yang masuk ke akaun ini pada tarikh itu akan diserahkan kepada beliau. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Ustaz Ahmad Ridhwan 013 9953716,”katanya, yang merupakan Timbalan Mudir Pondok itu.
.