Cerita Menarik Sekitar Blogger Politik Terengganu

1700

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/09/blogger.pngBerikut diperturunkan beberapa tulisan dari blogger politik Terengganu yang mengesahkan keadaan politik Terengganu masakini yang sedang bergolak kerana krisis dalam Umno Terengganu.

1. Balak – Ahmad Said baling Batu Sembunyi Tangan ??
– Catatan seorang Blogger anak Terengganu

Banyak yang kita dengar tentang perang mulut diantara puak bekas MB (Deris) dan MB Trg ( Mat Said). Puak Deris takkan berhenti begitu sahaja kerana pada pandangan mereka ini peluang mereka untuk terus menjadi YB dalam PRU 13 adalah sudah tertutup rapat.

Jadi alang alang seluk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan, peduli apa dengan rakyat yang penting “political survival untuk aku” dan biar yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Itu lah scenario politik di Terengganu sekarang ini pada pengamatan saya dan rakan rakan.

Namun begitu dalam kekalutan ini masih ramai juga orang yang dapat durian runtuh dari pihak kerajaan MB sekarang sebagai hadiah “tutup mulut” atau hadiah supaya turut sama menyokong MB. Saya di fahamkan ramai YB pencen dan ahli politik tertentu diberi habuan dalam pelbagai bentuk sehingga bernilai RM 1 juta atau lebih (dalam bentuk kawasan balak) kononnya sebagai mengenang jasa dan budi pemimpin tertentu.

Ini lah sikap UMNO dari dulu sampai sekarang yang hanya mementingkan kepentingan puak tertentu dan ahli politik tertentu sahaja. Saya tidak faham kenapa mereka harus diberi habuan sebegitu banyak bernilai hampir jutaan ringgit sedangkan semasa mereka mempunyai jawatan gaji sudah dibayar dan pelbagai elaun pun sudah dibayar dan setelah pencen maka diberi lagi ganjaran bernilai jutaan ringgit. Sedangkan rakyat kebanyakan begitu susah dan untuk mendapat wang ehsan RM 250 setahun sempena hari raya pun di persoal dan di persusahkan.

Slogan dan harapan Ds Najib rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tidak begitu mengalir di Terengganu pada masa ini. Justeru itu rakyat harus sendiri faham akan hak mereka masing masing dan jangan lagi senang di perkudakan oleh pihak pihak tertentu. Maka suara kan suara rakyat ..suara keramat sebagai teguran untuk kebaikan semua pihak. –www.pantaus.blog.blogpot.com


Sebagai Ulasan kepada catatan Blogger diatas, dibawah dipaparkan laporan akhbar pada berkaitan perkara berkenaan

Pegawai gagal buat laporan kes curi balak

KUALA TERENGGANU, 16 Dis – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said semalam mendedahkan ada pegawai dari Jabatan Perhutanan Terengganu yang terlibat dengan kes pembalakan haram dan pencerobohan hutan simpan di negeri ini.


Menurut Ahmad, penglibatan individu tersebut menyebabkan masalah pembalakan secara haram sukar untuk dibendung dan diselesaikan kerana ada pihak yang boleh diibaratkan sebagai ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.


Ahmad berkata, masalah kecurian balak memang berlaku di negeri ini dan beliau kesal apabila pegawai yang diminta menyiasat aduan kes seumpama itu hanya pulang berdiam diri tanpa membuat sebarang laporan kepadanya.


Sehubungan itu, beliau meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil tindakan proaktif apabila mendapat maklumat mengenai kes kecurian balak dan turut berharap supaya orang ramai membuat aduan kepada badan tersebut.


“Saya sedar (pembalakan haram) memang (berlaku) saya mengalami sendiri masalah kecurian balak… kadang kala susah nak jawab, pegawai pergi tengok (tapi) balik tidak cerita apa, senyap saja.


“Saya minta BPR ambil tindakan proaktif apabila mendapat maklumat kes kecurian balak kerana melibatkan pegawai perhutanan di sesetengah tempat. Maaf saya sebut Yang Dipertua, ini hakikat yang berlaku dalam sektor pembalakan,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata demikian ketika menjawab lisan dikemukakan oleh Ramlan Ali (BN-Jabi) dalam persidangan DUN di Wisma Darul Iman, di sini semalam.


Menjawab soalan tambahan mengenai hutan simpan di Bintang, Besut yang kini sudah ‘terang benderang’ dipercayai hasilnya dicuri, beliau berkata, pihaknya telah meminta Pegawai Perhutanan dan BPR membuat siasatan.


“Saya masih tunggu laporan BPR, saya tidak mahu melindungi sesiapa dan saya alu-alukan BPR buka fail apa juga penyelewengan di negeri ini dan saya tidak akan melindungi sesiapa pun melakukan rasuah di bumi Terengganu,” katanya.


Ahmad memberitahu, sehingga 20 November lalu, sebanyak empat kes pembalakan haram dan pencerobohan hutan simpan telah diambil tindakan undang-undang oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.


Katanya, kes tersebut adalah pembalakan haram di luar lesen Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 di Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun dan di Kompartment 5, HS Bukit Kesing, Setiu pada Oktober lalu.


“Dua kes lagi adalah membina jalan melibatkan penebangan pokok di tanah kerajaan Kampung Payung, Mukim Hulu Nerus pada bulan Januari 2008 dan penebangan tanpa lesen di tanah kerajaan Bukit Pinang, Mukim Hulu Telemong,” katanya. -Sinar Harian


2. JKKK ROSAKKAN UMNO
– ahli Umno akui JKKK sedang merosakkan Umno

Tidak lama dahulu Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang pernah mengatakan bahawa Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) sebagai “Jin Kacau Kampung”. Nampaknya tuduhan Haji Hadi itu ada kebenarannya kerana ia bukan sahaja menafikan hak orang PAS, malah sesama orang UMNO pun JKKK buat onar.

Hal ini disahkan oleh bekas Ketua UMNO cawangan Batu 14, Rantau Panjang, Kemaman, Terengganu iaitu Abdullah Noor dan bekas Ketua UMNO cawangan Batu 16, Othman Awang. Abdullah Noor ketika ditemui penulis kesal dengan JKKK Batu 14 yang buat pilih kasih dalam pembahagian dana remaja kepada para penduduk kampung.

“Dasar kerajaan sudah elok tetapi JKKK sebagai pelaksana dasar di akar umbi yang merosakkan pelaksanaan,” katanya kepada Memo Belakang. Beliau kesal kerana anaknya, Edi Zakaria dinafikan haknya untuk menerima dana remaja sebanyak RM200.

Katanya, JKKK mengutamakan kroninya dalam pembahagian dana remaja.

“Kalau sesama ahli UMNO sudah ada sikap pilih kasih oleh JKKK, bagaimana UMNO mahu menerima sokongan yang mantap dalam pilihanraya umum akan datang?” soal beliau.

Abdullah yang pernah menjadi Ketua UMNO cawangan Batu 14 dikalahkan oleh jurunikah ustaz salahuddin dalam pemilihan UMNO tahun lepas. Sejak itu ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar menggugurkan Pak Lah dan beliau melantik ketua cawangan baru, Ustaz Salahuddin sebagai Pengerusi JKKK yang baru.

Pak Lah juga kesal cara pembahagian kurma dan air zam zam oleh JKKK kepada orang kampung yang diletakkan di luar rumah tanpa memanggil tuan rumah untuk menerima kurma dan air zam zam sumbangan kerajaan negeri menjelang bulan puasa baru-baru ini.

Beliau turut mempertikai projek Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada KETENGAH untuk projek ikan tawar tetapi duit itu entah ke mana hilangnya.

“Saya minta KETENGAH siasat dakwaan saya ini,” tegasnya lagi.

Beliau juga meminta SPRM menyiasat kakitangan U-Best yang mendapat rumah PPRT sedangkan sebagai kakitangan kerajaan, dia tidak layak menerima rumah PPRT. U-Best diwujudkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh tetapi diberi nama baru oleh menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad said, Agensi pembangunan masyarakat (APM).

Beliau berharap ADUN Air Putih, Wan Hakim tidak mengutamakan kroni dalam pembahagian apa sahaja bantuan kepada rakyat Air Putih.

“Janganlah slogan baru Perdana Menteri ditukar kepada kroni diutamakan pula,” katanya lagi.

Pada masa yang sama bekas Ketua UMNO Batu 16,Othman Awang mengesahkan perkara yang sama turut berlaku di kampungnya di mana ahli-ahli UMNO yang tidak menyokong ketua cawangan, Cikgu najib dianaktirikan oleh JKKK – www.memobelakang.blogspot.com


Sebagai Ulasan kepada catatan blogger diatas lihat kenyataan terbaru Ahmad said tentang JKKK sebagaimana link
JKKK wajar letak jawatan


3. Spin Bodoh, Tidak Masuk Akal Laman Pembangkang

Entah macam mana saya boleh terbaca sebuah tulisan bersifat spin bodoh pada laman pembangkang bertajuk ‘Ahmad Said Tolak Tawaran Menjadi ‘Menteri Pusat’ .

Menurut laman itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said berkeras mahu mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri Terengganu dan menolak jawatan ’lumayan’ sebagai Menteri Pusat.

Sumber dalaman memberitahu, Ahmad akan dilantik sebagai Senator dan kemudian ’menteri penuh’ sebagai ’pertukaran’ supaya beliau mengosongkan kerusi Menteri Besar Terengganu.

Saya tahu bahawa tiada tawaran demikian.

Lagipun, memang benar, Ahmad Said perlu memenuhi amanah Tuanku Sultan dan walaupun beliau tiada di persada pucuk pimpinan Terengganu, krisis akan berlaku.

Ini kerana kumpulan yang menentangnya kini pergi lebih jauh – bukan sahaja menentang Ahmad Said tetapi kepimpinan UMNO negeri diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Kumpulan yang menentang Ahmad Said mahukan orang daripada kumpulannya menjadi Menteri Besar dan orang penting di negeri.

Kenapa? Banyak sebab. Pertama menjaga kepentingan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh; dan;

Kedua, kembali merebut kekayaan selepas merasai perit hamper dua tahun berada dalam keadaan tenat kerana tiada ‘masyuk’ (projek dan duit).

Mereka tidak mampu lagi menaja ‘anak buah’ ke Indonesia, main golf dengan kedi wanita genit dan sebagainya.

Tidak ada keseronokan lagi untuk mereka, apalagi kini fail SPRM makin menebal.

Jadi tidak usah nak spinlah laman pembangkang. Tidak ada dan tidak akan ada tawaran pertukaran jawatan tersebut seperti didakwa.

Lagipun isu ini ditimbulkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya semalam.

Kalau sekadar mahu mengeruhkan keadaan, perbuatan ini amat berdosa lebih-lebih pada bulan mulia ini – Ramadan –  www. teganuku.blogspot.com

Sebagai Ulasan kepada catatan blogger diatas, Editor beharap beliau dapat berjumpa dengan seorang Exco kerajaan negeri Terengganu yang tinggal di kemaman untuk penjelasan lanjut isu Ahmad said ditawarkan menjadi Menteri Pusat