Terengganu, Malaysia
Pendapat

Catatan PGU Hulu Besut; Rakyat Perlu Gantikan Umno Dengan PAS

Sebanyak 10 pasukan mewakili 10 Unit Peti Undi (UPU) dalam DUN Hulu Besut mengambil bahagian. Mereka hadir bermain Futsal tanpa mengira fahaman Politik.

Kehadiran penonton yang ramai memeriahkan lagi pertandingan tersebut. Selain Futsal pertunjukan kapalterbang ‘Control’ buatan sendiri, pertandingan memancing, ijtimak muslimat, kuliah dhuha pada hari Jumaat.

Ceramah Pasca Bersih diadakan pada Jumaat malam Sabtu dan Ceramah Pelancaran PGU diadakan pada hari Sabtu malam Ahad oleh Setiausaha Agung PAS Dato’ Haji Mustafa bin Ali dan Pesuruhjaya PAS Terengganu,YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Alhamdulillah sambutan yang luar biasa daripada masyarakat setempat kerana rakyat berada dalam ‘Mood’ hendak buat perubahan.

Tahap sosio-ekonomi DUN Hulu Besut amat ketinggalan jika dibandingkan dengan DUN-DUN lain dalam negeri Terengganu.

Banyak masalah rakyat tidak diselesaikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). Pelbagai janji yang dikata tidak dikota.

Antaranya adalah janji Umno/BN mahu membina jalan dari Kampung Keruak ke Gua Musang.  Telah beberapa kali majlis letak batu asas diadakan kononnya ia akan dilaksanakan dalam masa yang segera.

Setiap kali hampir dengan pilihanraya, setiap kali itulah Umno/BN menabur janji. ADUN BN masakini sudah pun menjadi wakil rakyat selama dua penggal. 

Baru-baru ini beliau berjanji lagi dengan janji yang lebih hebat, kononnya lebuhraya akan dibina bagi laluan tersebut.

Setahu saya, mengikut maklumat Unit Perancang Ekonomi (EPU) jalan yang akan dibina bagi laluan tersebut bkanlah lebuhraya, tetapi hanyalah jalan biasa dua hala, sehala pergi dan sehala jalan kembali.

Namun, kerana mahukan publisiti, ADUN Umno/BN memberitahu maklumat yang tidak tepat kepada rakyat. Dengan memberi gambaran yang lebih besar, beliau cuba membeli pengaruh dengan memberi ‘mimpi’ kepada rakyat.

Saya menyeru kepada beliau supaya jangan terlalu ghairah hendak memancing undi sehingga bercakap bohong berkali-kali.

Sebenarnya, siapapun yang menjadi wakil rakyat bagi DUN Hulu Besut, jalan ini tetap akan dibina kerana telah termaktub dalam perancangan EPU.

YB Nawi cuba menutup kelemahan dia dengan menjanjikan lebuhraya kepada penduduk Hulu Besut jika rakyat mengundi beliau untuk tempoh lima tahun lagi.

Rakyat DUN Hulu Besut mahukan keselesaan dalam kehidupan seharian. Mereka mahu kerajaan menyelesaikan masalah permohonan tanah mereka.

Mereka mahukan bayaran premium tanah yang rendah selain mereka mahu tanah tapak rumah bagi orang-orang muda yang semakin mendesak keperluannya.

Sekolah agama yang tidak mencukupi, peluang pekerjaan tidak ada, khidmat bas awam dari Jerteh ke Keruak, adalah antara beberapa kemudahan yang gagal diberikan oleh kerajaan Umno/BN.

Perkara-perkara tersebut tidak diambil cakna dan tidak mendapat perhatian dari wakil rakyat Umno/BN selama ini.

Cikgu Solah @ Shalahuddin Jaafar
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan