Pengarahnya, Ariffi Deraman berkata, cadangan tarikh tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Menurutnya, Panitia turut menyenaraikan 16 acara sepanjang PGU6.0 yang akan bermula dengan acara Pidato Khas & Ceramah Pra Perasmian PGU6.0 pada Jumaat 30 November.
“Kita (Panitia) sudah putuskan, PGU6.0 akan datang di Paka, tapak yang pernah di adakan program PGU peringkat DUN Paka tak lama dulu bertentangan dengan Simpang Santong,
“InsyaAllah, kesemuanya ada 16 acara bermula dengan Pidato dan ceramah pra-perasmian pada Jumaat 30 November,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berkata dua acara baru dicadangkan pada PGU6.0 kali ini bagi menarik minat para pemuda dan pemudi iaitu pertandingan bot laju dan juga pertandingan ‘Cub Prix’.


“di belakang tapak PGU6.0 yang dicadangkan adalah pantai, jadi Panitia mencadangkan dimasukkan acara perlumbaan bot dan pemuda akan menganjurkan perlumbaan ‘cub prix’,
“seperti di PGU5.0 di Pekan Jabi, ada tiga orang tokoh yang juga akan menyerahkan borang keahliannya dan menyertai PAS,”jelas Ariffin.
Oleh itu, katanya, PGU6.0 merupakan siri Himpunan Kebangkitan rakyat yang akan meledakkan gelombang sedia ada bagi merealisaikan PAS ganti Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.
Justeru beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu, sudah tiba masanya tampil ke hadapan untuk bersama-sama gelombang rakyat yang sedang melanda Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



























