Beliau berkata, anak-anak muda kena bangun dan tunjukkan kebanggaan bahawa mereka adalah generasi yang menyokong Islam kerana menurutnya hanya cara hidup Islam yang akan menyelamatkan dihari kemudian.
“Jangan kita terpengaruh (dengan keduniaan) hari kita mati, yang menyelamatkan kita (ialah) Islam dan cara hidup Islam,
Oleh itu, beliau menyeru anak-anak muda bangun bersama PAS kerana PAS adalah satu pergerakan yang mempertahankan Islam di negara ini.
Menurutnya, anak-anak muda perlu memberi penerangan kepada golongan yang masih mengatakan politik dan Islam tidak boleh bercampur (politik suku agama suku).
Katanya, politik adalah cara atau kenderaan yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan.
“satu lagi kata-kata (yang sering) datang dari orang (cerdik) pandai, dia kata, jangan peralatkan agama untuk kepentingan politik,
“dia dah salah, beritahu dia segera, agama memang alat, agama bukan sembahan kita, agama adalah alat yang mengajar kita macamana untuk menyembah Allah, agama adalah alat untuk membuka pintu akhirat,”tegasnya.
Justeru, menurutnya, jangan rasa bersalah sekiranya anak-anak muda hari ini melanggar kebiasaan menyanggah dakwaan yang salah tentang Islam.
Turut menghiburkan para hadirin dalam program seni Islam itu adalah Iwan Syahman atau yang dulunya dikenali sebagai Iwan Dangdut.
Antara pemimpin yang hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Timbalan Ketua Penerangan negeri Terengganu, Ustaz sazman Shapawi Abdul Rani
http://www.youtube.com/watch?v=Kh0Md8l88qc
http://www.youtube.com/watch?v=CrnvmOr2d4g
http://www.youtube.com/watch?v=ug8eW3pEeA0
http://www.youtube.com/watch?v=khQOMrNMGag
http://www.youtube.com/watch?v=xXlleoAE-HE




























