Bicara profesional jelas perbezaan Bajet PR Vs BN

897

KEMAMAN –  Semua rakyat Terengganu khususnya warga Chukai dan Kemaman dijemput menghadiri Program Bicara Profesional Hi-tea bersama pimpinan PAS dan pakar ekonomi negara yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kemaman pada 12 November 2011, depan.

Menurut Bendaharinya, Wan Muhammad Zawawi, hadirin berpeluang mendapatkan penjelasan secara perbandingan antara Bajet Pakatan Rakyat 2012 dengan Bajet Barisan Nasional.

Beliau berkata antara ahli panel terbabit iaitu Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa, bekas Pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Rafizi Ramli.

Buletinonline dimaklumkan program tersebut juga adalah untuk sumbangan bagi menambah Dana menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang (PRU13)

Program tersebut akan diadakan di Restoran Cahaya Mesra, Geliga Besar, Chukai, Kemaman dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Oleh itu, orang ramai yang berminat menyertainya boleh berurusan menghubungi talian 019-967 1409 untuk tempahan tempat yang agak terhad