Bertani Satu Ibadah, Jangan Pesongkan Aqidah

879

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/bertanisatuibadah1.jpgBeliau yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Petani, Nelayan dan Peneroka Negeri berkata demikian dalam program ‘Bertani Adalah Satu Ibadah’ bersama petani di Kg Bukit Tanah, Jabi petang semalam, Jumaat 15 Januari 2010.

Menurutnya, para petani yang beriman dan bertaqwa akan menjadi ‘penyebab’ turunnya keberkatan Allah SWT.

“Kita berhasrat untuk melihat wujudnya para petani dalam masyarakat yang menjadi penyebab turunnya keberkatan dari Allah, dengan keimanan dan ketawqaan mereka serta pergantungan kepada Allah.


”Bumi Allah yang penuh kesuburan dikurniakan kepada kita manusia supaya kita dapat memakmurkannya dan kita yakin Allah akan mengurniakan kita rezeki yang melimpah setelah kita berusaha.” Ujar Dato’ Abu Bakar lagi.

Beliau mengingatkan para petani, jangan sesekali hilang pertimbangan dan meletakkan pergantungan rezeki selain dari kepada Allah.

“Jangan sekali-kali kita sematkan dalam fikiran kita, rezeki kita adalah kurnian UMNO. Tanpa bantuan dan wang ehsan kita tidak dapat hidup! Bimbang pegangan sebegini akan merosakkan aqidah kita. Kita perlu merasa bangga dan izzah (kemulian) kerana kita bukan hanya sekadar seorang petani, tetapi kita juga adalah seorang anggota gerakan Islam yang bekerja untuk meninggikan agama Allah,”tegasnya.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata program ‘Bertani Satu Ibadat, Sempena Hijrah Turun Ke Sawah’ adalah bertujuan untuk meraikan para petani yang baru saja memulakan kerja-kerja menabur padi benih di bendang.

Menurut Dr. Azman, suatu ketika dahulu umat Islam kita adalah umat yang paling mulia dan terbilang dimana umat-umat yang lain menadah tangan memohon bantuan.

Sebaliknya kini, kata beliau, amat memilukan apabila sekarang ini tangan-tangan umat Islam berada di bawah, mengharapkan pemberian dan belas ehsan orang lain termasuk dari dari negara-negara kuffar musuh kita dan musuh Allah.

“Kesungguhan bekerja yang sepatutnya menjadi identiti sejati milik kita, sekarang telah semakin terhakis sehingga potensi, bakat dan kebolehan kita banyak disia-siakan,

“sejarah penubuhan negara haram Yahudi di atas bumi ummat Islam Palestin bermula dengan Golda Mayer bekas PM Regim Zionis yang bekerja selama 16 jam setiap hari selama 35 tahun, demi suatu cita-cita jahat dan ideologi yang sesat.

Lantas, katanya, apa alasan umat Islam tidak mampu bekerja lebih daripada itu demi suatu cita-cita yang mulia dan diredhai Allah.

Dato’ Abu Bakar dan rombongan turut mengambil kesempatan meninjau kerja-kerja membajak dan menabur biji benih padi di Baroh Gong Nibong dan Gong Panjang.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/bertanisatuibadah.jpgSambil bemesra dan bertanya khabar dengan para petani, beliau turut menerima beberapa aduan dari para petani yang tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa agensi kerajaan.

Antaranya adalah, harga benih padi meningkat sejak BERNAS menswastakan bekalan padi benih kepada para petani.

Seorang Petani, Salleh Husin, 51,(gambar kanan) berkata, petani terpaksa menanggung peningkatan sebanyak RM16 bagi setiap guni.

“Kalau dulu bekalan dari BERNAS diperolehi dengan harga RM22 seguni sekarang beharga RM38 seguni,

“selain itu, kualitinya pula amat rendah, banyak padi benih yang ditabur tidak tumbuh dan kerja membajak terpaksa dilakukan semula selepas seminggu kerja-kerja menabur,”rungut Salleh.


Salleh mendakwa, keadaan itu kerana, pihak berkenaan tidak bertanggungjawab kerana mengambil padi yang belum cukup masak untuk dibuat padi benih.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi, Ustaz Hj Ismail Awang Teh.