Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU- Kerajaan Negeri Terengganu memberi kelonggaran kepada yang kurang mampu untuk membayar premium tanah secara ansuran selama tiga tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak memberitahu iaitu mereka yang pendapatan kurang daripada RM1750.
“Bagi yang mampu kena selesaikan dalam tempoh 3 bulan,” ujar mantan Pesuruhjaya II PAS Negeri Terengganu itu.
Dr Alias menyebut demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun di Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas Tahun 2019 di Wisma Darul Iman di sini pada 15 Julai.
Sebelum itu, Alias yang merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Dungun itu, menerusi soalan bertulisnya ingin tahu jumlah lot tapak rumah permohonan terkilan yang telah berjaya diselesaikan sehingga Mei 2019 di setiap daerah.
Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus itu, sehingga Mei 2019 sebanyak 2934 permohonan yang telah diluluskan iaitu
Kuala Terengganu 40 lot, Kemaman 588 lot,
Dungun 10 lot, Besut 841 lot, Hulu Terengganu 83 lot, Marang 218 lot, Setiu 1154 lot dan Kuala Nerus belum ada lot yang diluluskan, menjadikan jumlah keseluruhannya, 2934 permohonan yang diluluskan.
“Jumlah tepat belum dikenalpasti , akan mendapatkan notis daripada pihak berkenaan”, seterusnya beliau berkata sebagai menjawab soalan tambahan daripada wakil rakyat berkenaan yang bertanyakan daripada jumlah tersebut, berapa ramaikah pemohon yang telah berjaya melunaskan bayaran premium tanah?