Bantahan Dan Demonstrasi Berterusan Di Lembah Kashmir

1517

Protes pro-kemerdekaan meletus di seluruh Lembah Kashmir yang dipertikaikan pada hari Sabtu selepas pasukan tentera India menembak mati seorang ketua kumpulan pemisah terkenal.

Sabzar Ahmad, ahli kumpulan pemberontak pemisah Hizbul Mujahideen terbunuh dalam pertempuran dengan askar di kawasan Tral selatan Kashmir

Ketua Polis India Shesh Paul Vaid mengesahkan, Sabzar yang juga seorang pembantu rapat mantan komander Hizbul Mujahideen Burhan Wani yang syahid pada 8hb Julai tahun lalu.

Selepas almarhum Burhan meninggal, pemberontakan telah tercetus dan ‘tidak surut’ lagi sehingga kini, setelah hampir 10 bulan berlalu.

Kejadian tembak menembak bermula pada malam Jumaat di kampung Saimu yang kemudian dikepung oleh tentera, membawa kepada terbunuhnya Sabzar.

Ekoran kejadian itu, sekolah-sekolah dan kolej telah ditutup oleh kerajaan apabila berita pembunuhan Sabzar tersebar.

Ia adalah bagi mengelakkan bantahan dan demonstrasi dikalangan pelajar dan dapat mengurangkan pertempuran awam dengan pihak tentera.

Namun begitu, tunjuk perasaan dan bantahan bagaimanapun, terus berlaku menyebabkan sekatan kerajaan ke atas perkhidmatan Internet berlaku sekali lagi di rantau ini.

Tujuh orang penunjuk perasaan cedera dan dimasukkan ke hospital.

Kashmir, sebuah kawasan Himalaya dengan majoriti Islam, dipegang oleh India dan Pakistan di bahagian-bahagian dan dituntut oleh kedua-dua sepenuhnya.

Kedua-dua negara pernah tiga kali berperang ; pada tahun 1948, 1965 dan 1971, kerana mereka telah dibahagikan kepada dua kawasan yang tidak diputuskan semasa kemerdekaan pada tahun 1947.

Lebih daripada 70,000 orang telah dilaporkan terbunuh dalam konflik itu sejak tahun 1989 dan India mengekalkan lebih daripada setengah juta tentera di rantau yang dipertikaikan itu.